in , , , , ,

Jualan Akhir Tahun! Sony Keluarkan LAGI Kompilasi Game Mampu Milik!

Tak cukup dengan kompilasi Triple Pack tempoh hari, Sony Malaysia kini mengumumkan jualan Bundle Pack dengan harga istimewa!

JomBaca: Jualan Akhir Tahun: Hadiah Krismas atau Tahun Baru Untuk Kawan Gamer Korang!

Menjelang Tahun Baru ini, Sony Malaysia telah mengumumkan 6 (ye, ENAM) Bundle Pack yang masing-masing menawarkan 2 game wajib-ada dalam koleksi game korang! Yang menariknya, dengan setiap pembelian Bundle Pack dibawah korang akan mendapat Playstation Goodie Bag yang menjanjikan 2 Hadiah Misteri! (Selagi stok masih ada)

Horror Pack – RM279

Horror Pack

Bundle Horror Pack ini menampilkan 2 game yang boleh buat tengkok korang meremang! Kitorang cabar korang main The Evil Within dan Until Dawn nih tengah malam dalam gelap! Jangan lupa rekod reaction korang tau! Hahahaha.

Shooter Pack – RM199

Shooter PackBundle Shooter Pack pula menampilkan dua game shooter yang tak kurang menariknya! Sertai peperangan angkasa antara Vekta dan Helghast dalam Killzone: Shadow Fall ataupun laksanakan rompakan bersama geng korang dalam Payday 2 Crimewave Edition!

Indie Pack – RM179

Indie Pack

Jika korang mahukan gameplay santai rilek-rilek dengan set of cabaran yang ringan-ringan, bundle Indie Pack yang menawarkan Journey Collector’s Edition dan Brothers a Tale of Two Sons ini.

Action Pack – RM269

Action Pack

Bagi korang yang dahagakan aksi dan cabaran dalam gameplay korang, bundle Action Pack ini lah jawapannya! Korang boleh dapatkan Bloodborne The Old Hunter dengan satu lagi game antara Final Fantasy Type-0 / The Order 1886 / Diablo 3 Reaper of Soul Ultimate Evil Edition. Good luck have fun!

Square Enix Pack – RM249

Square Enix Pack

Peminat developer Square Enix pastinya takmau terlepas bundle Square Enix Pack ini! Pilih saja 2 game antara Sleeping Dog Definitive Edition, Dragon Quest Heroes ataupun Final Fantasy X/X2 HD Remaster!

Greatest Hits Pack – RM169

Greatest Hits PackBundle terakhir adalah Greatest Hits Pack – game-game yang mendapat sambutan hangat sebelum ini kini diadakan dalam bundle ini. Pilih saja 2 game antara Tomb Raider Definitive Edition, Infamous Second Son, Knack ataupun Killzone Shadow Fall!


 

Tak tahu mana satu pilihan hati? Jom tengok trailer-trailer game-game yang tersebut di atas!

https://www.youtube.com/watch?v=nxlo67zhOWc

https://www.youtube.com/watch?v=dTu1J2pFhbA

https://www.youtube.com/watch?v=Pu8IK06h4sw

https://www.youtube.com/watch?v=cM03TEakgcg

[su_box title=”JomBeli!” box_color=”#ff0000″]Khas untuk pembaca JomGaming! Berminat? Hantarkan kod-kod diskaun bagi item-item berkenaan ke Inbox Partner Seller kitorang dan dapatkan diskaun! Happy gaming and Happy New Year geng!

Dapatkan penghantaran PERCUMA terus ke kawasan anda bagi yang menetap di Lembah Klang!

[/su_box]

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Rocket League: Psyonix Janjikan Lebih Banyak Content Untuk 2016

Hanya Dengan Bermain FIFA, Beliau Mampu Menyara Keluarga!