Geng, Disember nih ada promo game lah! Ada dua kompilasi game dari Sony untuk korang dapatkan dengan harga murah-murah gitu bermula 18 Disember ini!

Akhir tahun ini bakal digegarkan lagi dengan kompilasi game-game terbaik dari studio-studio dibawah naungan Sony! Terdapat 2 buah pek kompilasi bakal dikeluarkan pada 18 Disember 2015 iaitu:

Masterpiece-Triple-Pack

Masterpiece Triple Pack

Bagi gamer yang gemarkan cabaran dalam game diorang, Masterpiece Triple Pack yang berharga RM289* ini menampilkan 3 game terbaik yang patut ada dalam library seorang gamer hardcore!
– The Last of Us Remastered
– God Of War Remastered
– Helldivers

Family-Triple-Pack

Family Triple Pack 

Disasarkan kepada gamers yang inginkan game santai untuk dimainkan, Family Triple Pack yang berharga RM199* ini semestinya boleh membawa hiburan berjam-jam lamanya bagi korang seisi keluarga!
– Drive Club
– LittleBigPlanet 3
– Tearaway Unfolded

Bagi yang gamer hardcore, mesti kenal dengan game-game ni semua. Kalau tak tahu, nih dia sinopsis dan trailer bagi setiap game yang termasuk dalam 2 pek kompilasi ini.

The Last of Us Remastered
Sebuah game survival horror yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Last of Us sememangnya mendapat pujian dari banyak pengkritik atas jalan cerita, gameplay dan juga seni audio serta visualnya. Bagi mereka yang belum berpeluang mencuba The Last of Us, ini adalah satu peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan.

God Of War Remastered
Siri God of War ini bermula pada tahun 2005 dan berjaya memberi pengaruh besar dalam dunia gaming. Kratos, watak utama siri ini merupakan seorang tentera Sparta yang telah membunuh anak dan isterinya sendiri hasil tipu daya Dewa Ares. Dihantui oleh kejadian ini, Kratos telah berjanji akan memusnahkan seluruh kerajaan langit dewa-dewi Yunani termasuklah Zeus sendiri!

Helldivers
Sebuah game multiplayer yang bergenre top-down shooter dari Arrowhead Game Studios. Ia menceritakan Bumi masa hadapan yang dijajah kerajaan yang ingin meluaskan kuasa ke suluruh galaksi. Dalam percubaan meluaskan jajahan inilah, pemain akan bertemu dan menentang makhluk asing. Game ini merupakan salah satu game aksi sengit yang ternyata dibangunkan dengan rapi dan teliti.

Drive Club
Driveclub adalah sebuah game racing yang membawa pemain berentap sesama sendiri di trek jalanan seluruh dunia melalui beberapa mode. Pemain-pemain boleh bergabung mewujudkan club dan berlumba dengan club lain dalam usaha mendapatkan kemenangan yang boleh membawa matawang dan juga XP dalam usaha menaikkan level dan martabat club yang dianggotai. Dengan menaikkan level, pemain berpeluang mendapatkan kenderaan baru, item, dan juga skema warna.

Little Big Planet 3
LittleBigPlanet 3 mempunyai elemen gameplay yang sangat sama dengan 2 game yang terdahulunya iaitu LittleBigPlanet dan LittleBigPlanet 2. Bagi mereka yang tidak berapa mengenali siri ini, ia merupakan sebuah game yang berkonsepkan puzzle platformer dan membenarkan pemain mencipta level sendiri dan berkongsi kepada seluruh komuniti LittleBigPlanet! Komuniti ini masih lagi aktif mencipta level-level yang kreatif dan menghiburkan.

Tearaway Unfolded
Game ini membawa pemain menjadi seorang watak yang diberi nama Atoi dan ditugaskan untuk menyampai mesej kepada sebuah portal yang dibuka di langit. Pada masa yang sama, portal ini turut mengeluarkan watak jahat yang ingin menguasai dunia tersebut yang diberi nama Scraps. Dalam pengembaraan ini, pemain akan melalui pelbagai level berkonsepkan dunia kertas yang menarik dan mencabar!

So apa tunggu lagi guys? Inilah masanya untuk korang dapatkan game-game ini dengan harga pakej yang sangatlah menarik! Bagi pembaca JomGaming, scroll ke bawah untuk dapatkan lebih hadiah diskaun daripada JomGaming!

[su_box title=”JomBeli!” box_color=”#ff0000″]*Khas untuk pembaca JomGaming! Korang nak diskaun? Korang boleh order Masterpiece Triple Pack (RM289) atau Family Triple Pack (RM199) dengan menghantar ‘JGMTP‘ atau ‘JGFTP’ ke Inbox Partner Seller kitorang dan dapatkan diskaun RM15!

Dapatkan penghantaran PERCUMA terus ke kawasan anda bagi yang menetap di Lembah Klang!

[/su_box]

JomKomen!