in , , ,

Josef Fares Merasakan Kebanyakan Game Single-Player Sekarang Terlalu Panjang

Sejak beberapa tahun belakangan ini, nama Josef Fares sering meniti di bibir gamer. Dari mengeluarkan kata-kata carutan semasa acara secara langsung The Game Awards, sehinggalah kepada membikin game-game co-op yang mengagumkan.

Terkini, beliau tampil dengan satu kenyataan yang agak pedas. Kali ini, beliau menyatakan bahawa kebanyakan game-game single-player sekarang terlalu panjang sehingga membosankan.

“Saya yakin yang banyak game single-player terpaksa dimainkan terlalu panjang dan mekanisme digunakan terlalu panjang,” kata Fares dalam satu temuramah bersama Inverse. “Game menjadi terlalu panjang.”

“Ia sangat aneh orang ramai mahu game boleh diulang-main semula (replayability). Dah kenapa kita bercakap tentang replayability? Kamu tahu tak berapa peratusan pemain yang sebenarnya ulang-main semula sesebuah game? Saya tak pasti sama ada ini betul, tapi saya yakin pemain yang beli game tapi tak pernah main sekali pun lebih tinggi peratusannya berbanding mereka yang ulang-main semula. Tapi, kita masih fokus terhadap sebilangan kecil itu.”

Beliau kemudian mengambil contoh The Witcher 3. Fares mengatakan daripada 25 juta unit terjual, hanya 30 peratus pemain yang menghabiskannya. Ertinya, sekitar hanya 7.5 juta pemain yang menghabiskannya, manakala 17.5 juta lagi tidak pernah habiskan pun. Fares mempersoalkan mengapa kita masih bercakap tentang replayability.

Beliau kemudiannya memuji game terbaharu daripada studio pimpinannya, It Takes Two. Fares berkata ketika membangunkannya, mereka tidak pernah memikirkan replayability, tetapi pemain tetap merasakan berbaloi untuk ulang-semula game itu.

“Kalau pengalaman itu direntak dengan baik, kamu akan rasa nak main game itu semula. Itu mungkin sebabnya kenapa kamu rasa It Takes Two boleh dimainkan semula, sebab rentaknya (pacing) cantik.”

“Ironinya, It Takes Two berbaloi dimainkan semula, tetapi kita tak pernah ada niat pun.”

JomGaming sedang bermain It Takes Two dan akan mengeluarkan review kami tidak lama lagi. Secara ringkasnya, kami boleh katakan Fares layak untuk mengatakan sebegitu kerana setakat ini, apa yang disajikan dalam game ini sangatlah menghiburkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kira-Kira Lebih 2,000 Game Digital Akan Hilang Selepas Penutupan PS Store Di PS3, Vita, PSP

Apex Legends Season 9 Akan Bawakan Banyak Kandungan Titanfall