in , , , ,

Josef Fares Kongsikan Kepelbagaian Gameplay Dalam It Takes Two – Saksikan Trailer Terbaru

Secara peribadi, It Takes Two merupakan antara game paling dinantikan penulis pada tahun ini. Trailer gameplay terbaharu untuk It Takes Two ini sememangnya mengujakan.

Pengarah game di Hazelight Studios, Josef Fares telah tampil dalam trailer gameplay ini sebagai suara latar untuk berkongsikan apakah yang menarik tentang game co-op ini. Beliau menceritakan apakah kepelbagaian gameplay yang bakal disajikan dalam game ini kelak, yang mana sebelum ini beliau dengan berani mengatakan tidak akan ada pemain yang bosan apabila memainkannya.

Cakap banyak pun tak guna, korang tonton sendirilah perkongsian beliau ini dalam trailer di bawah:

Game ini mengisahkan pasangan suami isteri yang sedang dilanda keregangan dan dalam proses untuk berpisah. Anak perempuannya yang sedih melihat situasi ini telah menjahit dua anak patung berbentuk ibu bapanya dengan harapan mereka akan kembali berbaik. Dijadikan cerita, pasangan itu telah disumpah menjadi anak patung tersebut, dan It Takes Two akan membawa para pemain mengawal pasangan ini dalam proses untuk mereka bekerjasama dan berbaik semula.

Di akhir video, Josef sekali lagi mengingatkan yang game ini akan menyokong Friend’s Pass, sama seperti dalam A Way Out. Disebabkan game ini merupakan game wajib dimainkan dengan dua pemain (tidak boleh lebih, tidak boleh kurang), maka seorang sahaja perlu membeli game ini. Pemain kedua boleh main secara percuma dengan menerima jemputan daripada pemain pertama yang membeli It Takes Two.

It Takes Two hanya berharga RM159 di Steam dan PlayStation Store. Harga tersebut bolehlah dikongsi bersama dua orang kerana hanya satu akaun sahaja diperlukan untuk membelinya.

Friend’s Pass itu terpakai untuk mereka yang ingin bermain co-op secara online. Game ini turut menyokong couch co-op (offline).

It Takes Two akan dilancarkan pada 26 Mac ini untuk PC (Steam dan Origin), PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation Productions Sedang Bikin Siri TV Twisted Metal, Diterajui Penulis Filem Deadpool, Cobra Kai

PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat Pagi Ini, Tiada Berita PS5

Acara PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat, 10 Game PS4/PS5 Diperlihatkan