in , , ,

Josef Fares Janji Beri 1,000 Dolar Kalau Ada Yang Bosan Main It Takes Two

Di Twitter, Josef Fares, pengasas Hazelight Studios telah mengumumkan yang game mereka akan datang, It Takes Two sudahpun siap pembangunannya dan bersedia untuk dilancarkan.

Walau bagaimanapun, ada satu berita yang lebih menarik daripada itu. Ketika bercakap kepada GameInformer, beliau cukup yakin yang para pemain akan terhibur dengan game itu sehingga menjanjikan USD1,000 (sekitar RM4,038) sekiranya ada sesiapa yang bosan ketika bermain It Takes Two.

“Inilah satu perkara yang saya boleh jamin dengan It Takes Two: ia mustahil, dan petiklah kata-kata saya ini, untuk rasa bosan dengan game ini,” ujar Fares. “Kamu boleh paparkan ini dalam tajuk. Saya betul-betul akan beri 1,000 dolar kepada sesiapa yang cakap, ‘Oh, saya bosan dengan game ini sebab ia tidak mengejutkan saya’. Satu ribu dolar! Saya jamin. Saya akan beri kepada semua yang bosan. Tapi mereka perlu jujur tentang perkara itu.”

Secara peribadi, penulis cukup kagum dengan game mereka sebelum ini, iaitu A Way Out. Ia menampilkan sebuah gameplay co-op yang tidak penulis pernah terbayangkan. Dan melihat daripada trailer yang sudah dikeluarkan untuk It Takes Two, penulis menyimpan harapan tinggi yang game akan datang itu akan menyajikan sesuatu kelainan.

JomBaca: A Way Out: Boleh Beli or Boleh Blah!?

It Takes Two akan dilancarkan pada 26 Mac ini untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Star Wars: Hunters Diumumkan, Game Percuma Dari Zynga Untuk Switch, Android, iOS

PS5: Sony Malaysia Buka Pra-Tempah Kelompok Ketiga Tengah Malam Ini