Ramai gamers suka bersosial media dan juga giat berkongsi aksi gaming secara online streaming! Kali ini, JomGaming membuat sesi unbox untuk peranti streaming, Elgato Game Capture HD60 Pro.
Antara aspek yang menarik dalam generasi gaming masakini adalah kebolehan untuk streaming aktiviti gaming di mana-mana platform menerusi perkhidmatan seperti Twitch, YouTube, dan Facebook. Secara am, PC adalah sistem yang paling popular untuk gaming dan terdapat pelbagai jenis program dan perkakasan untuk online streaming yang boleh ditemui.
Konsol-konsol PS4 dan Xbox One pula mempunyai sistem streaming terbina tetapi ianya mempunyai beberapa ciri terhad yang kurang memuaskan.
Elgato adalah sebuah syarikat Jerman yang masyhur dalam menghasilkan beberapa perkakasan yang merakamkan video dari siaran TV atau satelit. Siri peranti Game Capture HD adalah dicipta khas untuk menaikkan taraf sistem streaming bagi konsol. Ia menyambungkan isyarat kabel HDMI display dari konsol ke PC dan menyiarkan sesi gaming konsol terus ke Internet.
Barangan-barangan yang terdapat di dalam kotak adalah:
- Elgato Game Capture HD60 Pro (kad PC)
- Besi bracket bersaiz kecil
- Wayar kabel HDMI
- Buku arahan keselamatan
- Pelekat keras logo Elgato Gaming
Kotak Set Peranti Streaming Elgato
Elgato Game Capture HD60 Pro (panjang nama tuh bro!) adalah versi terbaru yang direka demi memenuhi permintaan gamers untuk merakam sesi gaming dalam kadar 60fps dan kualiti video yang tinggi (1080p). Berbeza dari beberapa alat-alat game capture external seperti Razer Ripsaw, AVerMedia Live Gamer HD, dan Roxio Game Capture HD Pro, peranti Elgato ini merupakan sebuah perkakas kad elektronik yang boleh dimuat susun dalam mana-mana slot PCIe 1x/4x/8x/16x di dalam PC.
Kad PCI Elgato
Korang mesti bertanya mengapa pilih Elgato dari jenama-jenama alat streaming yang lain? Pilihan Elgato adalah mengikut nasihat beberapa rakan-rakan gamers yang sedang aktif menggunakannya. Selain dari sesi streaming secara langsung, ia juga boleh merekod pada masa yang sama. Ia juga memberikan banyak pilihan untuk mengubah suai tayangan gamers, seperti susunan heads-up-display (HUD) yang menarik.
Paparan Penuh Set Peranti Streaming Elgato
Elgato Game Capture Card HD60 Pro boleh menyokong beberapa sistem konsol terkenal seperti PlayStation, Xbox, dan Nintendo. Ia juga merupakan alat popular dikalangan ahli streamers yang terkemuka. Dalam set ini boleh dilihat Elgato telah menyediakan beberapa barang keperluan yang amat cukup untuk korang mulakan karier sebagai games streamer.