in , , ,

JomUnbox: Collector’s Edition Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4!

Lamanya tak produce video unboxing! Nah, KitaGamers Station sekali lagi bermurah hati bagi kitorang unbox Collector’s Edition diorang!

Collector’s Edition Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4 ini datang dengan game disc, art-book Storm Memories, illustrasi metal plate, steelcase dan patung Naruto Uzumaki (The Last) setinggi 17cm.

Naruto-Storm-4-CESejujurnya, kitorang sedikit down melihatkan figurine yang dijanjikan dalam Collector’s Edition. Walaupun ada dinyatakan saiz setinggi 17cm, tapi bila memegang figurine Naruto itu, emalahai. Walaubagaiamanapun, kemasan dan molding figurine ini memang terbaik! Paintjob pearlescent yang dikenakan benar-benar menampakkan

Naruto-Storm-4-Box

Yang paling buat kitorang tersenyum adalah art-book Storm Memories ini. Ianya menampilkan ilustrasi Naruto dan geng-gengnya dari game pertama lagi! Korang boleh tengok perkembangan character design through the years hingga ke final form Naruto dan Sasuke! Syahdunye!

Naruto-Storm-4-ArtBook1

Naruto-Storm-4-ArtBook2

Inclusion metal plate ini sedikit mengelirukan kitorang. Apa gunanya ye? Ada komen-komen dari pembeli lain yang mengatakan mereka menggunakan metal plate ini sebagai mousepad! Kitorang try letak kat atas panel PS4, macam boleh aje kalau nak lekat situ. Tapi penjelasan yang paling logik, mungkin ini boleh dijadikan hiasan dinding dalam bilik gaming korang nanti.

Naruto-Storm-4-MetalPlate

Kitorang juga kagum dengan design and printwork steelcase CE ini. Pada muka depan, ada illustration Naruto dengan colour treatment keemasan.

Naruto-Storm-4-Steelcase1

Di belakang pula ada illustration Sasuke dengan colour treatment kebiruan.

Naruto-Storm-4-Steelcase2

Benar-benar melambangkan personaliti masing-masing yang akhirnya melengkapi sesama mereka.

Naruto-Storm-4-Steelcase3

Akhir sekali adalah figurine Naruto setinggi 17cm ini. Untuk view yang lebih detail, korang boleh aje tengok video unboxing kitorang kat atas nun. Sepertimana yang kami katakan sebelum ini, kami sedikit let-down dengan saiznya. Tapi apabila diteliti kualiti molding dan kemasan paintjobnya, kami rasa figurine ini sememangnya berbaloi untuk dimiliki kipas-susah-mati Naruto!

Naruto-Storm-4-Figurine

Terima kasih kepada KitaGamers Station kerana sudi berkongsi dengan kitorang Collector’s Edition ni. Jangan lupa layan video unboxing Collector’s Edition Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4 dari JomGaming. Nantikan video-video lain dari JomGaming di masa akan datang nanti! Salam guys!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Division: Ubisoft Umum Tarikh Open Beta, Pemain Bakal Dapat Reward Istimewa!

Titanfall 2 Bakal Ke PS4, Akan Mempunyai Story Campaign!