in , , ,

JomRakam! Ep. 9: Nasib Noob Terjun Neraka!

Hello gamers! 14hb Februari adalah Hari Valentine, bagaimanakah korang sambutkan?

Tau tak ada game multiplayer yang korang boleh ber-gaming dan bermesra dengan kekasih gamer pada waktu sama? Bacalah artikel JomGaming pasal Crimson Days di Destiny dan skin panahan cinta di Rainbow Six Siege! Ingat! Nih musim bersuka-suka, jangan berbuat duka!

Rakaman gamers kali nih memang contoh main dengan penuh aksi perasaan! Seperti Spartan beraksi rodeo, racer beraksi ‘speedy’, Guradian beraksi dengan tripmine, dua kawan beraksi sama sendiri, dan seorang noob yang beraksi sangat malang!

Sini JomRakam! mempersembahkan 6 video paling beraksi untuk minggu nih!

Mrotskrad Lompat dan Lekat pada Pihak Musuh!

Di Halo 5: Guardians, bro Mrotskrad sangka musuh nanti datang dengan kenderaan Banshee. Tapi yang datang adalah Mantis ganas! Terpaksa lah improvise secara spontan! Nih lah korang buat rodeo atas robot! Yaahoooo!

Samseng DanielVanBesi Kacau Pemandu ‘Speedy’!

Jangan anggap Need for Speed adalah game lumba kereta yang mudah untuk menguasai! Bila berlumba, lumba lah dengan DanielVanBesi! Sini diorang ajar sikit kalau korang lembab sangat! Aduh, dah nak macam GTA V!

Sila Terima Hadiah DonJuan_94 yang Meletup!

Berseronoklah, Guardians! Aksi PvP Mayhem Clash dalam Destiny memang sangat rancak, korang kena pandai kenal situasi dan keadaan! DonJuan_94 nampak peluang emas dan die lemparkan hadiah tripmine! Hehhehheh, banyak yang terima tuh, bro!

Operator Kamenrimau Nak Mati Bergelak Ketawa!

Bagi yang nak jadi handal dalam Rainbow 6 Siege, sila ambik nih sebagai mengajaran; jangan jadi macam eddyzaidy! Nih lah rakaman saksi Kamenrimau di mane rakan pasukan die terbuat silap! Amboi, nak sangat jadi last operator standing leh tuh!

Operator eddyzaidy Boleh Jadi Pro Robot Tembak!

Operators dalam Rainbow 6 Siege ada alat drone sendiri tapi hanya satu drone boleh tembak sampai mati! Sini bro eddyzaidy pandai menyorok dan mencari mangsa! Wow bro, nih baru cara aim betul-betul!

Amaran! Video seterusnye mengandungi audio yang agak tak sesuai bagi yang dibawah umur! 

Nasib DontWorryImNoob Terjun ke Neraka!

Game Helldivers memang terkenal dengan aksi hebat dan risiko friendly fire yang tinggi! Tapi macam mane nak main bila asyik dibaham teruk? Saksikanlah gamer DontWorryImNoob cuba menyelamatkan diri sampai keluar bahasa kasar! Alamak!


Pernah tak bila korang main game, terjadi pulak aksi gameplay hebat, gelagat lucu, glitch pelik, atau macam-macam lagi yang begitu luar biasa sehingga membuat korang terasa “Nak rakam!”

Di sinilah JomGaming boleh memaparkan video-video gaming korang dalam siri JomRakam dan tunjukkan ke satu Malaysia! Jika korang ada video nak hantar, tak kira apa-apa game pun, hantar je kat [email protected]. Ingat, segan-segan nanti rugi tau!

Sila semak sebelum hantar ya! Syarat-syaratnya sangat senang:
– Video korang telah diupload ke Youtube.com
– Penerangan pendek berkenaan video tersebut
– IGN/PSNID/Gamertag korang untuk digunakan dalam artikel
– Video itu adalah video korang sendiri. Jangan hantar video orang lain pulak!*

*Kalau korang tolong hantarkan link video bagi pihak lain, sila sertakan juga nama dan emel pihak tersebut. Takkan pulak curi peminat-peminat dia ya! Hehehee!

Lebih info mengenai siri JomRakam!

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

XCOM 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Dota 2: ESL One Manila Qualifier Asia Tenggara