in , , ,

JomRakam! Ep. 8: Hujan Division!

Selamat Tahun Baru Cina! Bagaimana korang sambut masuk tahun monyet kali nih? Jikalau korang rasa tak cukup biji limau, cuba lah game yang nanti keluar akhir bulan Februari, Plants vs. Zombies: Garden Warfare 2! Kiteorang dah main beta haritu dan boleh janji, memang cukup LMAO untuk semua!

Bwahahahaaa!! … … *kirk-kirk*

Ehem! Sementara menunggu release date PvZ:GW2, sila tonton hasil segmen JomRakam! episod yang ke-8! Sini kitorang dah susun video aksi pro operator kejar noob, aksi sniper berirama, dan pelbagai aksi yang bermacam-macam dari game beta The Division!

Jom layan  hasil minggu nih! Nih lah 8 video terbaik pilihan JomRakam!:

Berpusing-pusing cLoVer_miza Kejar Si Mamat Noob!

Siapa berani tak takut mati? Memang bukan si noob nih! Bila tersempak dengan perisai Blitz dalam Rainbow 6 Siege, memang patut dia cabut lari! Tapi operator pro cLoVer_miza membuktikan yang die memang takde tempat menyorok! Too bad bro!

Sniper Amirhaziq101 Just Wanna Have Fun!

https://www.youtube.com/watch?v=jTp9H90SrXI

Kalau masih tahap noob dalam COD: Black Ops 3, mainlah banyak-banyak dan prektis untuk jadi pro macam Amirhaziq101! Sini die tunjuk aksi sniping skill yang bukan sahaja dahsyat, tapi juga berirama rancak dan mencuit hati! Waaaaah, nak join boleh?!

Baru-baru nih sesi closed beta untuk The Division dah pon diadakan! Game beta nih adalah hasil projek syarikat Ubisoft yang belum cukup sempurna, jadi memang gamers telah bertembung dengan isu-isu glitch dan bug yang agak kelakar!

Rakan HamieKemari54 adalah Agent Senaman Aerobic!

Bandaraya New York telah di serang oleh penyakit wabak yang kejam! Bila korang tengah merantau, pastikan badan sihat sentiasa sihat ya! Sini Agent HamieKemari54 saksikan rakan die buat senaman spontan! Hahaha, sambil gerak-gerak lagi!

Dieorang Tak Leh Jumpa Bro hanzanep, Agent Halimunan!

Gamer hanzanep tak tau ape terjadi dalam kawasan PvP Dark Zone, tapi entah bagaimana, die langsung tak dikesan oleh para-para rogue agents nih! Dieorang sorok pun tak leh! Yaay, free kills! Harap-harap Ubisoft betulkan isu nih ya!

Ehhh?! Apasal Ada Quicksand Pulak Nih?!

Tadi gamer hanzanep terkena isu game beta yang agak membantu. Tapi isu kali nih memang tak best pun! Keadaan dah leh jadi makin rancak, tapi lantai bawah kaki die pulak buat hal! Aish, macamne nak keluar lepas nih?

Salji di New York Membeku Rakan Lmaossem!

Agents yang buat senaman spontan mungkin ade juga hikmatnye. Musim sejuk memang boleh buat otot sengit! Sini bro Lmaossem lihat rakan die IrfanBroski yang telah menjadi mangsa! Tapi nampaknya tiada halangan baginye, huehuehue!

Amaran! Video seterusnye mengandungi audio yang agak tak sesuai bagi yang dibawah umur! 

Mulut Celoteh IrfanBroski Menawan Hati Agent Mat Salleh!

Tadi seorang agent cuba menikam bro IrfanBroski dari belakang tapi tak berjaya! Masa agent melarikan diri dan bergantung pada tali cable, mari kitorang tonton rakan Lmaossem memujuk dengan bahasa yang agak, errr, masin. Pffffftt, hahahaa!!!

The Division Beta: Madison Field Hospital dari IrfanBroski

https://www.youtube.com/watch?v=kIrVhM2SY28

Game beta telah berakhir, bagaimana pendapat korang? Sini JomGaming menayangkan rakaman aksi satu mission yang hebat! Tembak headshot! Baling biji grenade! Gamer IrfanBroski tau tindakan lebih berkesan dari kata-kata, syoknye!


Pernah tak bila korang main game, terjadi pulak aksi gameplay hebat, gelagat lucu, glitch pelik, atau macam-macam lagi yang begitu luar biasa sehingga membuat korang terasa “Nak rakam!”

Di sinilah JomGaming boleh memaparkan video-video gaming korang dalam siri JomRakam dan tunjukkan ke satu Malaysia! Jika korang ada video nak hantar, tak kira apa-apa game pun, hantar je kat [email protected]. Ingat, segan-segan nanti rugi tau!

Sila semak sebelum hantar ya! Syarat-syaratnya sangat senang:
– Video korang telah diupload ke Youtube.com
– Penerangan pendek berkenaan video tersebut
– IGN/PSNID/Gamertag korang untuk digunakan dalam artikel
– Video itu adalah video korang sendiri. Jangan hantar video orang lain pulak!*

*Kalau korang tolong hantarkan link video bagi pihak lain, sila sertakan juga nama dan emel pihak tersebut. Takkan pulak curi peminat-peminat dia ya! Hehehee!

Lebih info mengenai siri JomRakam!

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Layers Of Fear: Misteri Di Sebalik Lukisan!

LEGO STAR WARS The Force Awakens: Terbangun Dari Galaxy Far Far Away!