in , , ,

JomRakam! Ep. 7: Sensei NBA 2K16 Tunjuk Skill!

Hello dari belah sini, gamers! Inilah segmen khas untuk gamers yang ingin kongsi video aksi hebat! Tak kira klau korang main PS4, Xbox, atau PC, semua jenis video kiteorang terima!

Ehhh, tak tau apa yang nak rakam? Tengok lah contoh-contoh nih! Kitorang ada video montaj gameplay berirama, video senapang berhantu, video pantas tikam, dan kalau rasa diri sangat berbakat, jadilah seorang YouTuber dalam korang punya favourite game!

Kitorang selalu menunggu mana-mana feedback! Dan hasil minggu nih ada 6 video terbaik pilihan JomRakam!:

Montaj Peperangan Kebun dari planeptunia_sama!

Yaaay, nih lah video Plants vs. Zombies: GW2 BETA yang dijanjikan oleh seorang game reviewer di JomGaming!, planeptunia_sama! Kalau korang nak baca sepenuhnya game review mengenai PvZ: GW2, klik lah kat sini!

Papa-Ray94 Ada Cara Unik Kalau Nak Basuh Kereta!

Aiiyoo, bawak kereta laju-laju tapi pandai ke pandu? Malangnya GTA 5 gamer Papa-Ray94 tak sempat tekan brek! Sini dia bawa rakannya terbang masuk kolam, whoops! Tapi sekarang kereta die dah bersih, kaaan?

Jom Main! royhard-my Mencetuskan Operasi Wabak!

Tak boleh nafikan yang gamer royhard-my amat seronok main Battlefield 4! Nih video susunan die dengan lagu yang sangat memujuk hati! Nak come out and play! Ahahahaa!

Synchronous Berdepan dengan Senapang Berhantu!

Dalam banyak-banyak senapang dalam Halo 5: Guardians, senapang mana dirasuk kuasa ajaib? Sis Synchronous rasa die dah jumpa dah! Tapi soalnye, adakah die berani menyambut cabaran? Uuuuuuuu, takuuuuut!

Pisau LostMc666 Dahagakan Darah!

Buat apa nak senapang canggih sangat kalau sebilah pisau dah boleh buat cukup kerja? Nih lah bro LostMc666 tunjukkan kehandalannye dalam Call of Duty: BO3! Eeeehh, killstreak tu makin lama tengok makin berderau darah, fuuyoh!

Kad Amethyst NBA 2K16 Player Adalah Pilihan Sensei!

https://www.youtube.com/watch?v=cxTaZ9zzkJg

Akhirnya, marilah tonton video review seorang pakar YouTuber, KBCSensei! Dari rakaman reaksi face-cam dan juga penjelasan step-by-step gameplay, biar sensei nih ajar korang apa kelebihan besar bila dapat character Damian Lillard dalam NBA 2K16! Waaah, semangat masuk slam dunk, bro!


Pernah tak bila korang main game, terjadi pulak aksi gameplay hebat, gelagat lucu, glitch pelik, atau macam-macam lagi yang begitu luar biasa sehingga membuat korang terasa “Nak rakam!”

Di sinilah JomGaming boleh memaparkan video-video gaming korang dalam siri JomRakam dan tunjukkan ke satu Malaysia! Jika korang ada video nak hantar, tak kira apa-apa game pun, hantar je kat [email protected]. Ingat, segan-segan nanti rugi tau!

Sila semak sebelum hantar ya! Syarat-syaratnya sangat senang:
– Video korang telah diupload ke Youtube.com
– Penerangan pendek berkenaan video tersebut
– IGN/PSNID/Gamertag korang untuk digunakan dalam artikel
– Video itu adalah video korang sendiri. Jangan hantar video orang lain pulak!*

*Kalau korang tolong hantarkan link video bagi pihak lain, sila sertakan juga nama dan emel pihak tersebut. Takkan pulak curi peminat-peminat dia ya! Hehehee!

Lebih info mengenai siri JomRakam!

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Naughty Dog Bakal Mematikan Nathan Drake Dalam Uncharted 4?

Gal Gun Double Peace: Bakal Menerjah Ke Barat!