Salam ceria korang semua! Sini JomGaming mempamerkan video-video gaming yang menarik khas dari gamers. Kitorang selalu galakkan korang hantar je video yang ada! Jom buat spring-cleaning video dan bagi label yang paling syok dan hantar kat kitorang!

Nih ada macam-macam video nak kena susun kemas! Antaranya adalah video nak sangat panjat Warthog, video nak kejar reward drops sampai tak sedar (lolz!), video nak bom guna C4, dan video hard mode Star Wars Battlefront dari seorang YouTuber yang sangat berbakat!

Kiteorang selalu nantikan video baru tiap-tiap minggu, apa-apa pun boleh! Sila tonton 6 video terbaik yang JomRakam! dapat minggu nih:

Free Kills! Synchronous Tembak Headshots dan Chill!

Bila nak kejar weapons terbaik atau kenderaan paling canggih dalam Halo 5: Guardians, tengok dulu kalau tempat tu selamat! Mungkin situ ada Synchronous tengah senyap-senyap sorok dengan sniper! Aduhai, Spartans, it’s a trap!

Sparrow Akirien Menjadi Senjata!

Kalau nak kejar musuh, nih lah baru cara yang betul! Akirien memandu sparrow beliau dalam sesi pvp Destiny bila tersempak dengan pihak lawan. Apa lagi, die terus pecut mengambil peluang! Amboi sukanya dia! Reaksi gelak tawa si minah rempit nih memang kuat, RIP pengguna headphones!

BajunidUS Saksi Gelagat Rakan Meletup Beramai-ramai!

Di Destiny Raid hard mode, member yang terkena sumpah bom mesti lari ke tempat jauh. Kalau tak, nanti satu fireteam mati kena letupan! Sini gamer BajunidUS menyaksikan bagaimana pasukannya ditimpa ‘malang’ akibat rakannya RedBalloon_5163. Waaaah, nasib baik misi dah selesai!

Hello Dari Seberang! RiZZu1986 Campak Kejutan Maut!

Oii kat mana si mamat nih?! Bro RiZZu1986 sedang mengejar dan mencari pihak lawan terakhir dalam Rainbow 6 Siege. Tapi diorang pulak sorok main camping! Tak pe, biar bro baling hadiah C4! Fuyoh, timing nak letup tu memang terbaik dari ladang bro!

Langkasuka Menewaskan Musuh Blitz Walaupun Buta!

Dalam video rakaman tobeng94, sis Langkasuka baru mula main Rainbow 6 Siege dah pulak kena kejar oleh operator Blitz! Bila dekat sangat, operator nih boleh tumbuk dengan perisainya sampai jadi buta! Tapi setiap situasi ada jalan selesai! Bertenang, dan tumbuk balik muka die!

Star Wars Battlefront Let’s Play dari AmyXGamerz

Video terakhir bagi episode kini adalah satu susunan Let’s Play dari gamer AmyXGamerz! Dieorang adalah seorang YouTuber tempatan yang suka rekod dan edit bermacam-macam video gaming. Malah, die pun rupa comel jugak! Senyum-senyum kat face-cam ya!


Pernah tak bila korang main game, terjadi pulak aksi gameplay hebat, gelagat lucu, glitch pelik, atau macam-macam lagi yang begitu luar biasa sehingga membuat korang terasa “Nak rakam!”

Di sinilah JomGaming boleh memaparkan video-video gaming korang dalam siri JomRakam dan tunjukkan ke satu Malaysia! Jika korang ada video nak hantar, tak kira apa-apa game pun, hantar je kat [email protected]. Ingat, segan-segan nanti rugi tau!

Sila semak sebelum hantar ya! Syarat-syaratnya sangat senang:
– Video korang telah diupload ke Youtube.com
– Penerangan pendek berkenaan video tersebut
– IGN/PSNID/Gamertag korang untuk digunakan dalam artikel
– Video itu adalah video korang sendiri. Jangan hantar video orang lain pulak!*

*Kalau korang tolong hantarkan link video bagi pihak lain, sila sertakan juga nama dan emel pihak tersebut. Takkan pulak curi peminat-peminat dia ya! Hehehee!

Lebih info mengenai siri JomRakam!

2 Komen!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.