in , , ,

JomRakam! Ep. 4: The Walking Teabagger!

Selamat Tahun Baru 2016 gamers! Korang dah buat janji azam tahun baru tak?

Simpan duit untuk AAA titles! Beli kulit decal lawa untuk console! Belanja super grafix card untuk PC! Nak trophy all the games! Tak kira, janji azam tinggi atau senang, asal korang rasa seronok masa bermain!

Dan bila nak buat aksi yang seronok, nih lah gamers yang jugak beraksi hebat! Contohnya aksi berjalan sambai teabag, aksi pandai tembak cara sneaky, aksi ikhlas nak ‘tolong’ rakan, aksi malu KD ratio sendiri, dan satu montaj geng FPS yang dieorang memang syok main COD: Black Ops 3!

Sila hantarkan semua videos korang kat [email protected]! Minggu nih ada 5 video terbaik pilihan JomRakam!:

DanielVanBesi adalah The Walking Teabagger!

Kerjasama dan komunikasi memang penting dalam Halo 5: Guardians multiplayer. Tapi bukan senang bila dapat pemain-pemain randoms yang tak reti main Warzone! Walaupun Victory Points masih tak cukup, DanielVanBesi tak pilih kalah mati, tapi kalah teabag! Uuuuuuuu, baik buat sendiri sebelum pihak lawan sampai, bwahahahaha!

Misi Pencerobohan Part 2 dengan Team Adam_Soya!

Dalam JomRakam! Ep. 2, kiteorang dapat saksi gelagat lucu team noobs adam_soya dalam Rainbow 6 Siege! Macam mane tahap kehandalan mereka sekarang? Nampaknya dieorang ada favourite taktik; banyak-banyak merangkak dan menyorok! Oooo, sneaky!

Rakan Deady_83 Ada Timing yang Teruk!

https://www.youtube.com/watch?v=PDLdAk_m6F0

Dalam The Last of Us, sis Deady_83 berjaya dapat bagi surprise attack pada pihak musuh! Tapi rakan pasukannya cLoVer_miza jugak sudah lontarkan kejutan die sendiri. Die yang bertindak dulu, die yang terkena malang! Oops, collateral damage!

Korang Patut Buat Sesuatu Yang Drastik Pasal yblyss Nih…

Korang rasa korant handal dalam genre Destiny PvP? Baik naikkan lagi rasa azam nak jadi lagi handal! Biar bro yblyss ajar macamana nak gitgud dalam PvP Destiny The Taken King! Tu die, Titan berapi datang nak serbu! Laaaarriiiiii!!

Call of Duty: Black Ops 3 Montage dari planeptunia_sama

Akhirnya, sini kiteorang tayangkan montaj yang rancak khas dari satu geng karib COD: Black Ops 3! Gamer planeptunia_sama mengaku die sendiri tak banyak main FPS. Nih lah rakaman pengalaman die dari seorang noob ke tahap OP! Wah, tu baru semangat! Kipidap!


Pernah tak bila korang main game, terjadi pulak aksi gameplay hebat, gelagat lucu, glitch pelik, atau macam-macam lagi yang begitu luar biasa sehingga membuat korang terasa “Nak rakam!”

Di sinilah JomGaming boleh memaparkan video-video gaming korang dalam siri JomRakam dan tunjukkan ke satu Malaysia! Jika korang ada video nak hantar, tak kira apa-apa game pun, hantar je kat [email protected]. Ingat, segan-segan nanti rugi tau!

Sila semak sebelum hantar ya! Syarat-syaratnya sangat senang:
– Video korang telah diupload ke Youtube.com
– Penerangan pendek berkenaan video tersebut
– IGN/PSNID/Gamertag korang untuk digunakan dalam artikel
– Video itu adalah video korang sendiri. Jangan hantar video orang lain pulak!*

*Kalau korang tolong hantarkan link video bagi pihak lain, sila sertakan juga nama dan emel pihak tersebut. Takkan pulak curi peminat-peminat dia ya! Hehehee!

Lebih info mengenai siri JomRakam!

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Final Fantasy IX: Akan Tiba Di PC, iOS Dan Android

LIGHT SPEED RAIDERS : Tak Sah Kalau Tak Troll!