in , , ,

JomRakam! Ep. 3: Naughty or Nice!

Apa khabar gamers? Inilah minggu terakhir untuk tahun 2016 dan juga minggu segment JomRakam yang ke-3! Bagaimana pula korang merayakan Christmas tahun nih? Kitorang dah kumpulkan video-video gamers yang naughty and nice!

Antara video menarik minggu ini adalah aksi menjaga zone control, aksi kelakar bersama rakan-rakan, aksi kacau kereta orang, aksi handal mengejar Millenium Falcon, dan montaj kehebatan seorang Guardian dalam PvP!

Berikut adalah 7 video terbaik pilihan JomRakam! minggu nih! Jom pilih yang mana naughty or nice!

Amaran! Jangan Curi Dari MarauderzMY!

Dalam Halo 5, gamer MarauderzMY datang menyerang pihak lawan dengan menaiki kenderaan Covenant! Bad luck, ada orang hijack dia punya sweet ride! Sini hero kita tunjukkan cara die hijack balik Ghost tersebut!

Semua Pangkalan Jadi Milik coolqi!

Bukan senang nak capture flag dalam petempuran huru-hara Call of Duty: Black Ops 3. Tapi sini gamer coolqi tunjuk jalan-jalan flanking dan lancarkan serangan sneak attack yang dahsyat! Satu per satu, flag Alpha, Bravo, dan Charlie jatuh ke tangan team beliau! #MLGPro!

Lama Sangat Bersiap, Amik Ko Kene Kurung!

https://www.youtube.com/watch?v=gsgYoS-J-l8

Sila ingat pada mereka yang menunggu korang bersiap! Inilah telatah lucu geng azeann trolling si cLoVer_miza yang diorang kurung dalam kedai di GTA V. Nah, ambik tarian punggung sebagai balasan! Heheheee!

GrubbyXGamer, Abang Kawasan Ajar Macamana Mau Tarik Itu Kereta!

Sekuat mana tali grappling hook Rico dalam Just Cause 3? Bro GrubbyXGamer nak tau! So dia perkenalkan teknik parking kereta cara Just Cause 3 – agak-agak apalagi kenderaan kita leh parking kat tepi bangunan ye?

RiZZu1986 Adalah Operatif Hidup Terakhir

Apa nak buat jika rakan-rakan pasukan korang tewas awal dan korang tak tau dimana tempat sembunyi musuh? Jangan mengaku kalah! Sini Rainbow Six Siege operative RiZZu1986 giat memburu dan menyerang pihak lawan demi melengkapkan misi. Fuyoh, rancak dari mula ke akhir!

AlfredYap87 Memilih Bahagian Dark Side!

https://www.youtube.com/watch?v=KrmHw4EgFlY

Dalam Star Wars Battlefront, pilot AlfredYap87 mengaku dia dah banyak kali dikalahkan oleh serangan Millennium Falcon. Tapi kali ni die datang dengan upgrade yang hebat; Slave 1! Hahahaa, jangan pandang rendah pada kuasa Dark Side!

Destiny The Taken King Montaj dari Fire_Snake8869

Akhirnya, sini kiteorng mempersembahkan video Destiny penuh dengan aksi headshots! Terima kasih pada Fire_Snake8869 kerana mengarang satu montaj PvP yang sangat hebat! Jom main Trials!


Pernah tak bila korang main game, terjadi pulak aksi gameplay hebat, gelagat lucu, glitch pelik, atau macam-macam lagi yang begitu luar biasa sehingga membuat korang terasa “Nak rakam!”

Di sinilah JomGaming boleh memaparkan video-video gaming korang dalam siri JomRakam dan tunjukkan ke satu Malaysia! Jika korang ada video nak hantar, tak kira apa-apa game pun, hantar je kat [email protected]. Ingat, segan-segan nanti rugi tau!

Sila semak sebelum hantar ya! Syarat-syaratnya sangat senang:
– Video korang telah diupload ke Youtube.com
– Penerangan pendek berkenaan video tersebut
– IGN/PSNID/Gamertag korang untuk digunakan dalam artikel
– Video itu adalah video korang sendiri. Jangan hantar video orang lain pulak!*

*Kalau korang tolong hantarkan link video bagi pihak lain, sila sertakan juga nama dan emel pihak tersebut. Takkan pulak curi peminat-peminat dia ya! Hehehee!

Lebih info mengenai siri JomRakam!

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tekken 7 Dah, Tekken X Street Fighter Mana Daa?

Tournament: Call of Duty Asia Championship! Siapa Yakin Nak Wakil Malaysia?