in , , ,

JomRakam! Ep. 2: Dia Muncul Dari Belakan-!

Salam gamers! Untuk JomRakam! episode ke-2 minggu nih, kitorang ada bermacam-macam aksi video yang menarik dan penuh dengan taktik-taktik yang mungkin berfaedah (oh yeke?).

Antara yang menarik adalah taktik Star Wars yang amat klasik, taktik mengepung, menang, dan ber-teabag, taktik pujuk mak masak sedap, taktik berlawan dengan Darkbeast, dan montaj kehandalan COD: Black Ops! Jom kita layan!

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan korang! Berikut adalah 8 video terbaik pilihan JomRakam! minggu nih:

Star Wars Battlefront: “Dia Muncul Dari Belakan-!”

https://www.youtube.com/watch?v=5uqily_cBa8

Apa nak buat jika anda diburu oleh ramai Stormtroopers dalam Star Wars Battlefront? Gamer Waja_Asmara pandai mengguna kawasan sekitarannya dan ninja flank ke belakang musuh! Waaaaah, free kills tuhh! Emote tuh icing on the cake lah!

Tobeng94 Dan Misteri Sumpahan Helikopter

Dalam Battlefield 4, gamer Tobeng94 amat tekun mencari seorang musuh yang asyik menyorok di rooftop hotel! Dia berjaya tetapi apa berlaku berikutnya bagaikan satu segmen kartun Tom and Jerry! Alamak, adakah nih helikopter sama dari minggu lepas?!

Misi Pencerobohan dengan Team Adam_Soya!

Bila nak serbu rumah dan menyelamatkan orang tebusan, sila bawak pemain-pemain yang paling handal. Tapi bro adam_soya cuma ada rakan-rakan noobs yang nih aje! Saksikan gelagat lucu mereka sebagai satu team dalam Rainbow Six Siege! Ehem, riang-ria teabag nampak! Haha

Bestnya Ada Mak Yang Tahu Masak Maggi Sedap

Mikelanding dan fireteam di tengah-tengah pertempuran hangat dalam raid Destiny, tapi seorang member pulak kena makan malam! Nasib baik mak Alzenith faham pentingnya waktu sesi gaming dan masak maggi yang istimewa untuknya. Wow, untunglah bro, kita pun terasa lapar! Jom makan! Haha!

Langkasuka Saksi Lompatan Gagal Seorang Spark Runner

Dalam Destiny Rift, seorang yang memegang Spark itu mesti dilindungi supaya dapat balingkannya ke dalam goal musuh! Tapi jika pemegang Spark sendiri membuat silap, satu team patah hati. Inilah saksi Langkasuka bila rakannya tukar dari hero ke zero. Oh, keenaapaaaa?!

cLoVer_miza Terkena Tumbukan One-Punch Man

Di antara berbagai-bagai musuh dalam The Last of Us, kebanyakkannya korang boleh kalahkan dengan jalan cara senyap dan merangkak. Tapi langkah stealth cLoVer_miza gagal dan begitu cepat nasibnya menjadi malang, aduuuuuh!

Darkbeast Hancur di Tangan Hunter Pittsbersk

Musuh boss tahap tinggi dalam Bloodborne memang tiada belas kasihan. Jikalau korang masuk tanpa persediaan lengkap, memang akan di baham terus! Sini Pittsbersk menunjukkan bagaimana untuk mengatasi seekor Darkbeast.

COD: Black Ops 3 Montage dari FaMeProphet

Jikalau korang nak tengok contoh seorang gamer yang sangat mahir dalam COD: Black Ops 3, saksikan montaj dari FaMeProphet! Wham! Sneak Attack! Muzik pon boleh tahan best!


Pernah tak bila korang main game, terjadi pulak aksi gameplay hebat, gelagat lucu, glitch pelik, atau macam-macam lagi yang begitu luar biasa sehingga membuat korang terasa “Nak rakam!”

Di sinilah JomGaming boleh memaparkan video-video gaming korang dalam siri JomRakam dan tunjukkan ke satu Malaysia! Jika korang ada video nak hantar, tak kira apa-apa game pun, hantar je kat [email protected]. Ingat, segan-segan nanti rugi tau!

Sila semak sebelum hantar ya! Syarat-syaratnya sangat senang:
– Video korang telah diupload ke Youtube.com
– Penerangan pendek berkenaan video tersebut
– IGN/PSNID/Gamertag korang untuk digunakan dalam artikel
– Video itu adalah video korang sendiri. Jangan hantar video orang lain pulak!*

*Kalau korang tolong hantarkan link video bagi pihak lain, sila sertakan juga nama dan emel pihak tersebut. Takkan pulak curi peminat-peminat dia ya! Hehehee!

Lebih info mengenai siri JomRakam!

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Overwatch: Apa Akan Datang Dalam Beta 2016?

The Division: Jom Tonton Gameplay Dari Closed Alpha Yang Dah Leaked!