in , , ,

JomRakam! Ep. 13: Muncul lah Raja Berlari, Sang Kentut Unggu Unggul!

Hi, gamers semua! Korang suka kawasan combat yang besar dan boleh rantau jauh-jauh? Atau korang lagi suka kawasan sempit dan banyak sudut-sudut sorok? Saya sendiri tak kisah, asal kan dapat jugak kejar dan hentam pihak lawan, tehehee!

Artikel kali ini ada pelbagai jenis tempat pertarungan seperti tempat salah camping, tempat lawan mano e mano, tempat kentut ungu, dan tempat PvP tercemar dalam The Division!

JomBaca: Tom Clancy’s The Division: Boleh Beli or Boleh Blah?!

Apa lagi, 8 video inilah hasil susunan untuk minggu ini! Jom tonton!

Masalah Tikus Duduk Ber-Camping? Panggillah yblyss!

Battlefield 4 adalah game yang sangat beraksi, janganlah duduk sniping je! Nanti bro yblyss akan datang serang dan takhluk pulau korang! Camping zone sekarang dah jadi tea-bag territory, bwahahahhaa!

StalkerArea51 Bertarung Dalam Gangster’s Paradise!

Letak turun semua senapang! Operator StalkerArea51 dapat mesej ini dari pihak musuh. Kenapa? Sebab nak lawan cara berpisau! Hasilnya adalah satu pusingan Rainbow 6 Siege yang sangat menarik, fuyoh!

MMA221014 adalah Raja Berlari Sambil Kentut Ungu!

Jangan pula kata MMA221014 main taktik kotor! Aksi abang gamer Street Fighter V memang bukti dia seorang veteran SF dengan karakter FANG! Ayuh, pantas dia mengelak! Jom saksikan perlawanan 1v1 yang penuh dengan asap racun!

Geng KeyrollZ buat Senaman Orang Lidi!

Alamak, comelnyaaa! Agent KeyrollZ sedang buka map option dalam The Division untuk memilih misi terbaru. Tapi bila die zoom pada karakter sendiri, baru terperasan group dia buat senaman trolling! Bwahahahaa, macam stickman party!

cLoVer_miza Meyertai Geng Memburu Rogue!

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali! Agent cLoVer_miza nak kejar memburu seorang Rogue dalam The Division. Tapi nampaknya bukan dia saja! Agaknya penuh satu lobby berpendapat sama, hahahaaa!

Amaran! Video seterusnye mengandungi audio yang agak tak sesuai bagi yang di bawah umur! 

Lmaossem Jumpa Geng Boss Dark Zone Paling Mahal!

Mana-mana agent sanggup menjadi penyangak level 5 dalam Dark Zone, diorang berisiko akan bertembung dengan geng Lmaossem! Saksikanlah kerjasama mangsa-mangsa Rogue ini memberi balasan setimpal!

Zombaww Masuk Alam Maya Bawah New York!

Oii, final boss ini guna kuasa jampi ke? Zombaww dah hampir nak menang dalam misi The Division, tapi tiba-tiba tanah di bawah kaki bulat-bulat menelan badannya! Ini memang glitch klasik mana-mana game Ubisoft, alamak!

Sesi Gang Bang dalam Cabaran Daily dengan Langkasuka

Hanya 4 Agents patut boleh masuk dalam satu group. Tapi glitch ini boleh menapung sampai 14 agents! Agent Langkasuka bertuah dapat menghabiskan daily challenge dengan cepat dan senang sebab ramai rakan payung, teheheee!


Pernah tak bila korang main game, terjadi pulak aksi gameplay hebat, gelagat lucu, glitch pelik, atau macam-macam lagi yang begitu luar biasa sehingga membuat korang terasa “Nak rakam!”

Di sinilah JomGaming boleh memaparkan video-video gaming korang dalam siri JomRakam dan tunjukkan ke satu Malaysia! Jika korang ada video nak hantar, tak kira apa-apa game pun, hantar je kat [email protected]. Ingat, segan-segan nanti rugi tau!

Sila semak sebelum hantar ya! Syarat-syaratnya sangat senang:
– Video korang telah diupload ke Youtube.com
– Penerangan pendek berkenaan video tersebut
– IGN/PSNID/Gamertag korang untuk digunakan dalam artikel
– Video itu adalah video korang sendiri. Jangan hantar video orang lain pulak!*

*Kalau korang tolong hantarkan link video bagi pihak lain, sila sertakan juga nama dan emel pihak tersebut. Takkan pulak curi peminat-peminat dia ya! Hehehee!

Lebih info mengenai siri JomRakam!

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Edge of Eternity: Game Indie Genre JRPG Yang Cun!

Microsoft Tiada Perancangan Untuk “Xbox One Point Five”