in , , ,

JomRakam! Ep. 12: Ninja Robot Menceroboh Kubu!

Video time! Setelah cuti sekejap (pergi konsert VGL2016 @ Kuala Lumpur, yay!), artikel JomRakam! kembali dengan susunan aksi-aksi hebat yang dirakam oleh gamers, untuk gamers!

Dan minggu nih kitorang ada video beraksi operator terjatuh, aksi senyum selfie, aksi 2 versus 1, aksi ninja robot, dan beberapa video hasil dari keluaran terbaru Ubisoft, The Division!

Jom layan 7 video khas untuk minggu nih! Nih lah yang terbaik pilihan JomRakam!:

Musuh Suchau91 Meluahkan Rasa Geram!

Dalam Rainbow 6 Siege, korang kena bina dan jaga tempat kubu dengan ketat. Tapi sini rakan pasukan bro Suchau91 hanya tinggal seorang je yang menjaga dan musuh dah nak masuk serbu 2v1! Tak pe, ada plan B! Reaksi pihak lawan tuh memang FTW betul, ahahahaaa!

Aksi DontWorryImNoob Syok Bermain Uncharted 4 Multiplayer BETA  

Siapa lagi tak sabar nak main Uncharted 4? Bro DontWorryLmNoob ada banyak sebab-sebab yang sah, tapi dalam Multiplayer BETA, nih die tunjuk sebab yang paling best secara selfie! Waaaah, memang suka nak cari pasal lah mamat nih!

2v1? Hunter Bani_Charlie87 Tiada Belas Kasihan!

Bloodborne adalah game yang memang tiada belas kasihan dan nih sama lah dalam DLC The Old Hunters. Ehh, boleh ke sis Bani_Charlie87 menumpaskan musuh nih? Hah, sebab tuh lah die bawak seorang rakan pejuang! Nih lah aksi pertarungan mereka yang hebat!

Ninja Robot -IILov3Cookie- Menceroboh Kubu!

https://www.youtube.com/watch?v=z9BMFvXShDQ

Warframe adalah game co-op sci-fi shooter yang free-to-play di PC, PS4 dan Xbox One. Best tau game nih! Biar bro -IILov3Cookie- buktikan dengan class armor Ash Prime! Mak oiiii, pantasnya dia serang! Sekejap ada, sekejap tak de, alamak!

Kalau Takde Senapang, Langkasuka Nak Kapak!

Apa lagi game yang paling hangat dalam bulan Mac kalau bukan The Division? Sis Langkasuka memang suka grafik game dan dah main sejak closed dan open beta lagi. Tapi nampaknya item kapak masih bukan alat lengkapan, alaaaa!

Nampaknya gamers dalam The Division masih bertungkus lumus nak menjayakan jalan cerita dan character Agents dieorang! Sila terhibur dengan dua rakaman game Ubisoft yang terhasil dari peringkat beta!

Jalan-jalan dalam Dark Zone dengan blooberryberry!

Korang ingat lagi masa pertama kali masuk ke Dark Zone? Nih sis blooberryberry mintak tolong tunjuk ajar. Tapi dia asyik pulak kena trolled, alamak! Harap persahabatan nih kekal sepanjang hayat game The Division, hahahaaa!

Montaj New York dalam The Division Open Beta dari IrfanBroski

https://www.youtube.com/watch?v=TwoZyYSLol4

Di sebalik provokasi dan sibuk buat kacau, kawasan PvP Dark Zone memang tempat yang sangat menarik! Terutamanya kalau korang ber-geng dengan IrfanBroski! Sila tonton montajnya yang dirakam semasa beronda di New York!


Pernah tak bila korang main game, terjadi pulak aksi gameplay hebat, gelagat lucu, glitch pelik, atau macam-macam lagi yang begitu luar biasa sehingga membuat korang terasa “Nak rakam!”

Di sinilah JomGaming boleh memaparkan video-video gaming korang dalam siri JomRakam dan tunjukkan ke satu Malaysia! Jika korang ada video nak hantar, tak kira apa-apa game pun, hantar je kat [email protected]. Ingat, segan-segan nanti rugi tau!

Sila semak sebelum hantar ya! Syarat-syaratnya sangat senang:
– Video korang telah diupload ke Youtube.com
– Penerangan pendek berkenaan video tersebut
– IGN/PSNID/Gamertag korang untuk digunakan dalam artikel
– Video itu adalah video korang sendiri. Jangan hantar video orang lain pulak!*

*Kalau korang tolong hantarkan link video bagi pihak lain, sila sertakan juga nama dan emel pihak tersebut. Takkan pulak curi peminat-peminat dia ya! Hehehee!

Lebih info mengenai siri JomRakam!

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fantasy Mage: Boleh Beli Or Boleh Blah?

Cyber Dimension Online Diumumkan Sebagai Siri Neptunia Yang Baru