in , , ,

JomRakam! Ep. 11: Sila Ucapkan Hello Kat Kawan Saya Ni!

Yo yo yo, salam 29hb Februari, hari khas bagi tahun lompat! Waaaah, dah nak masuk bulan Mac 2016, bagaimana dengan hasil senarai video games korang? Dapat banyak trofi tak? Mari share rakaman menarik korang dengan JomGaming!

Minggu ini, kitorang ada rakaman serangan dari kacamata zombi, glitch masuk lif, killstreak wipe enemy, aksi kejar-mengejar dalam CS:GO, pengorbanan PTFO, killstreak menggunakan machinegun, glitch perangkap tiang dan diakhiri dengan satu montaj New York selepas malapetaka yang masih menghantui kitorang!

Apa yang kiteorang bebelkan nih? Nih die 8 video yang paling hebat minggu nih!

Pekat Malam Adalah Dunia Buruan Bani_Charlie87!

Bahaya! Zombi nih bukan macam zombi yang suka lawan pokok! Bila merantau di kawasan PvP dalam Dying Light, korang kena cepat-cepat pandai larikan diri! Tapi kalau terserempak dengan zombi Bani_Charlie87, cepat-cepat serah diri je lah!

Aduhai! Anjing DreamLoverQ Tak Sempat Naik Lif!

Kalau tak nak jadi bahan buruan, bawaklah rakan yang paling boleh dipercayai! Eehh, nampaknya DreamLoverQ tertinggal rakan die dengan tak sengaja! Agaknya lif nih dalam Fallout 4 hanya benarkan manusia je yang boleh naik, ahahahaa!

Veteran SemutHitam Dah Tau Mana Korang Sorok!

Nak bergerak dengan rakan atau bergerak solo? Kalau korang #MLGPRO mestila solo wipe team lawan! Biar veteran Counter-Strike: Global Offensive SemutHitam tunjukkan cara-caranya untuk carry team!

SemutHitam Main Kejar-kejar Dengan Pihak Musuh!

https://www.youtube.com/watch?v=moBL5UGnoho

Mana die nih?! Selain dari naikkan markah killstreak, SemutHitam jugak pandai main rushing dan guna kawasan sekitarnya! Cuba tangkap die kalau berani! Bila dengar ketawa jahat tuh, memang terlambat dah, bwahahahaa!

Demi Objektif, cLoVer_miza Membuat Satu Pengorbanan…

Sis cLoVer_miza tak kisah tinggi mana KD ratio korang! Yang pentingnya adalah objektif misi! Kalau rakan sepasukan sendiri lambat sangat, die sanggup buat langkah yang drastik! Tuh die, jangan camping je dalam dalam Rainbow Six Siege, PTFO plis!

Sila Ucap Hello kat Kawan Kenn-ied!

Kalau nak laksanakan objektif dan dapatkan KD 20.0 (WOW!) dalam Destiny, buat lah dengan gaya hebat! Nih Guardian Kenn-ied nak tunjukkan satu video penggunaan HMG yang sangat dahsyat! Kalau korang pihak musuh, bagi salam aje lah!

Tiang Bangunan Perangkap Rakan hanzanep!

Kalau dah penat habiskan misi-misi objektif, jom merantau bebas dalam The Division Beta! Awas, bukan semua tempat dalam beta nih dah lengkap dan sempurna! Nihlah nasib rakan hanzanep yang tersekat dan tak dapat keluar, huehuehue!

Bandaraya Zone Hitam, Montaj dari IrfanBroski

https://www.youtube.com/watch?v=4ZpgKoUODwA

Hari pelancaran The Division dari Ubisoft semakin dekat, adakah korang dah bersedia? Biar montaj nih dari hasil kreatif IrfanBroski mempelawa korang mengimbas kembali keadaan bandaraya New York!


Pernah tak bila korang main game, terjadi pulak aksi gameplay hebat, gelagat lucu, glitch pelik, atau macam-macam lagi yang begitu luar biasa sehingga membuat korang terasa “Nak rakam!”

Di sinilah JomGaming boleh memaparkan video-video gaming korang dalam siri JomRakam dan tunjukkan ke satu Malaysia! Jika korang ada video nak hantar, tak kira apa-apa game pun, hantar je kat [email protected]. Ingat, segan-segan nanti rugi tau!

Sila semak sebelum hantar ya! Syarat-syaratnya sangat senang:
– Video korang telah diupload ke Youtube.com
– Penerangan pendek berkenaan video tersebut
– IGN/PSNID/Gamertag korang untuk digunakan dalam artikel
– Video itu adalah video korang sendiri. Jangan hantar video orang lain pulak!*

*Kalau korang tolong hantarkan link video bagi pihak lain, sila sertakan juga nama dan emel pihak tersebut. Takkan pulak curi peminat-peminat dia ya! Hehehee!

Lebih info mengenai siri JomRakam!

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Nintendo NX: Terkini Mengenai Konsol Terbaru Nintendo!

Rocket League Meraih RM295j, Menghampiri 4 Juta Unit Jualan!