Nintendo mempersembahkan beberapa game bersama ‘partner’ mereka yang membuat ramai peminat Nintendo teruja!
Jika korang terlepas stream yang berdurasi 15 minit semalam, kami sudah pun mengumpul kesemua mengikut turutan untuk korang hayati!
Monster Hunter: Rise
Pengumuman Nintendo Direct ini dibuka dengan pengenalan kepada game terbaru dari francais terkenal, Monster Hunter: Rise (MHR). MHR akan membawa gameplay baru yang lebih mengagumkan dan akan tiba di Switch pada 26 Mac 2021.
Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin
Capcom akhirnya mengumumkan Monster Hunter Stories 2 (MHStories2), sebuah game RPG yang mempunyai jalan cerita dalam dunia Monster Hunter. MHStories2 akan datang ke Switch pada pertengahan 2021.
Fitness Boxing 2
Jika korang salah seorang yang menyukai game kecergasan berirama, Fitness Boxing 2 kini membawa lebih mode yang menarik. Dengan penambahan 3 trainer baru serta mode 2 pemain secara lokal, korang turut boleh membawa data dari Fitness Boxing 1 untuk sambung di game terbaharu ini.
Fitness Boxing 2 sudah boleh di pra-tempah dan akan dilancarkan pada 4 Disember 2020 eksklusif di Switch.
Disgaea 6: Defiance of Destiny
Makin banyak kali mati, makin kuat korang akan jadi bila hidup kembali! Damage maksimum kini dilipat-ganda dan level maksimum sehingga 999,999,99? Fuh, mesti game ini never ending!
Sambil itu, ‘Disgeae 5 Complete’ boleh didapati secara percuma untuk pelanggan Nintendo Switch Online (NSO) di eStore dari 23 hingga 29 September 2020. Disgaea 6: Defiance of Destiny bakal tiba eksklusif di Switch pada sekitar pertengahan 2021.
Empire Of Sin
Game strategi baharu yang dibawakan oleh Romero Games dan Paradox Interactive menempatkan korang di tengah-tengah dunia gengster kejam pada tahun 1920-an pada era Larangan Chicago. Pra-tempah akan memberi korang in-game mission dan gangster eksklusif. Empire of Sin akan tiba di PC, PS4 dan Switch.
Sniper Elite 4
Sniper Elite 4 (SE4) adalah game stealth shooter dari perspektif orang ketiga yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Rebellion Developments. SE4 yang telah dipasarkan sejak 14 Februari 2017 di PC, PS4 dan Xbox One akhirnya bakal tiba di Switch hujung tahun 2020.
The Long Dark
Harungi padang gurun yang sejuk setelah bencana geomagnetik melanda dalam The Long Dark. The Long Dark adalah sebuah game naratif dipenuhi dengan efek audio atmosferik sudah boleh dimain di Switch sekarang.
PGA Tour 2K21
Hole-in-one! Hayun kayu golf korang, PGA Tour 2K21 akan tiba di Switch pada 25 September 2020.
Hades
Menentang dewa orang mati dalam crawler penjara bawah tanah yang diilhamkan oleh mitologi Yunani. Game genre hack-and-slash ini sudah boleh didapati di Switch untuk dimainkan sekarang.
Balan Wonderworld
Mulakan pengembaraan yang luar biasa dalam game baharu ini dari pencipta legenda Yuji Naka & Naoto Ohshima! Ragakan lebih daripada 80 kostum dan gunakan pelbagai kebolehan di 12 peringkat seperti di alam mimpi serta boleh dimainkan secara co-op. Balan Wonderworld akan tiba pada 21 Mac 2020.
Rune Factory 5
Bina kehidupan baru di tengah-tengah pengembaraan hebat dalam game RPG, Rune Factory 5! Lindungi bandar korang sebagai penjaga hutan, menuai tanaman, memancing, dan mencari percintaan! Kehidupan baharu korang dalam dunia fantasi bermula pada tahun 2021.
Ori and the Will of the Wisps
Platformer aksi yang terkenal, Ori and the Will of the Wisps sudah diterbitkan di Nintendo Switch! Rasakan aksi platform bersama visual yang indah dengan jalan penceritaan beremosi akan membuat korang menghayatinya dengan mendalam.

Collectors Edition juga boleh didapati dengan pra-tempah disertakan dengan kotak yang unik bersama item-item yang ikonik dari game tersebut.
Comments
Loading…