Anda peminat game Mass Effect dan bersedia untuk game Mass Effect yang baru? Sekiranya anda peminat sains fiksyen seperti saya, you owe it to yourself untuk cuba keluaran terbaru Bioware iaitu Mass Effect: Andromeda. Bersedialah untuk menonton video dari IGN berdurasi selama 13 minit yang memaparkan intro dan gameplay Mass Effect: Andromeda.

Jika anda mahu kekalkan surprise, maka tak payahlah tengok video ini. Namun tak ada yang spoiler sangat kecuali details yang kecil-kecil sahaja. Apa yang menarik daripada video tersebut adalah sistem pemilihan dialog yang lebih nuanced bersandarkan kepada Tone Choice yang akan membentuk personaliti Scott/Sara Ryder, watak utama game ini.

Mass Effect: Andromeda yang dibangunkan oleh BioWare menggunakan game engine Frostbite 3 ini akan diterbitkan pada 21 Mac 2017 untuk Xbox One, PC dan Playstation 4.

JomKomen!