in , ,

Jom Tonton 10 Filem Wajib Bagi Gamer Yang Suka Main Game Shooter!

Mana dia kaki game shooter? Apa movie kegemaran korang? Kasi kongsi dengan kitorang!

Bunyi tembakan dan letupan, kemusnahan dan pelbagai lagi aspek yang menarik yang menjadi genre first-person shooter sebagai genre yang paling disukai ramai.

Tapi bagi peminat tegar FPS dan game shooter yang sewaktu dengannya, pasti korang mahu tonton filem-filem aksi Hollywood yang ada persamaan dengan game FPS kegemaran korang. Di sini kami senarai 10 movie wajib tonton bagi gamer FPS.

10. Miami Vice (2006)

Filem Miami Vice 2006 yang di-reboot dari siri TV tahun 1984 ini mengisahkan dua orang detektif dari South Florida yang melakukan penyamaran untuk menghentikan sindiket perdagangan dadah yang semakin berleluasa di bandar itu.

Filem ini hampir sama dengan game Battlefield: Hardline. Saya tahu korang beli game siri Battlefield hanya untuk mode multiplayer sahaja. Tapi bila kita cuba tengok pada mode kempennya, plot cerita, latar tempat dan karakternya hampir sama dengan filem Miami Vice.

Aksi dalam Miami Vice (2006) sangat intense dan camera-work yang sangat raw! Terasa dalam game Battlefield: Hardline pulak!

Kedua-duanya memfokuskan kepada membanteras sindiket pengedaran dadah, latar tempat yang sama iaitu di Miami serta dua orang protagonis penting iaitu Detective James Crockett dan Detective Ricardo Tubbs dalam filem Miami Vice. Manakala dalam Battlefield: Hardline kita diperkenalkan dengan protagonis Officer Nick Mendoza dan Detective Khai Minh Dao.

Tidak lupa juga filem Miami Vice penuh dengan aksi-aksi tembakan sama seperti dalam Battlefield: Hardline.

9. Heat (1995)

Di dalam filem Heat, sekumpulan pencuri telah melakukan jenayah yang menyebabkan detektif LAPD dan pasukannya tidak dapat menjejaki mereka. Kumpulan pencuri itu cuba untuk melakukan satu lagi tugas demi menjamin masa depan mereka.

Kasi tembak semuanya! Kalau korang pernah main game Payday 2: The Heist, filem Heat ini juga ada feel seperti game tersebut.

Aksi tembak-menembak dalam filem hampir sama seperti dalam satu misi dalam Modern Warfare 2 iaitu ‘No Russian’ di mana Makarov dan pasukannya menembak mati kesemua orang awam di dalam lapangan terbang tesebut. Misi itu seakan-akan sama seperti dalam rompakan bank di dalam filem Heat. Tetapi filem ini pada pendapat penulis gagal dari segi plot dan jalan cerita.

8. Red Dawn (1984 & 2012)

Red Dawn 2012: Askar marin dan abangnya mengetuai sekumpulan kanak-kanak yang cuba untuk membebaskan tanah air mereka daripada ditakluk oleh tentera Korea Utara.

Red Dawn 1984: Sekumpulan remaja sekolah menengah yang mengelarkan diri mereka sebagai Wolverines cuba untuk menentang Soviet Union daripada menakluki negara Uncle Sam.

Salah satu misi dalam Modern Warfare 2 iaitu ‘Wolverines’ di mana tentera Amerika Syarikat berjuang menentang tentera Rusia. Jelas bahawa misi itu berdasarkan filem klasik tahun 1984 itu. Bagi filem Red Dawn 2012, video game Homefront lebih sesuai untuk dibandingkan kerana eranya yang lebih moden dan kedua-duanya berdasarkan musuh yang sama iaitu Korea Utara.

Taktik stealth , gerila dan serangan hendap sememangnya menjadi kegemaran gamer shooter yang pro!

Tidak kiralah sama ada versi klasik ataupun moden. Kedua-dua filem ini menyajikan aksi yang padat, cerita yang menarik dan menghiburkan.

7. Behind Enemy Lines (2001)

Behind Enemy Lines menceritakan apabila jet pejuang milik seorang juruterbang tentera laut telah ditembak di dalam kawasan musuh, beliau perlu mencari jalan untuk sampai ke zon selamat sementara pegawai pemerintahnya melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dia dan selamat sampai di sana.

Jika filem ini menceritakan tentang bagaimana jika seorang askar terperangkap di dalam kawasan musuh. Call of Duty: Black Ops juga bercerita mengenai behind enemy lines, tetapi lebih kepada pengintipan dan serangan mengejut terhadap pihak musuh berbanding filem ini yang lebih kepada menguji tahap kemandirian seorang askar. Walaupun berbeza, namun, ia masih bercerita di dalam ruang kawasan musuh.

Bila korang berjaya flank sniper yang dok camping dari 5 game sebelum ni! Fakta menarik: korang boleh beli costume Sasha’s Outfit sniper ni untuk Niko Bellic dalam Grand Theft Auto IV!

Peminat Call of Duty atau mana-mana game FPS pasti akan menyukai filem ini. Dan korang akan terkejut dengan lakonan Owen Wilson dalam filem ini.

6. The Kingdom (2007)

The Kingdom: Satu pasukan agen kerajaan pergi ke Timur Tengah untuk menyiasat kejadian letupan-letupan yang berlaku di sana.

Filem kedua lakonan Jamie Foxx tersenarai dalam senarai ini selepas Miami Vice. Jadi, apa yang menarik tentang filem ini? Apabila filem ini mengambil latar tempat di Timur Tengah, pasti fikiran kita akan teringat akan game Call of Duty 4: Modern Warfare di mana latar tempatnya juga ialah di Timur Tengah.

Sekali RPG melayang daaaa!

Tapi The Kingdom lebih mendalam dari segi jalan ceritanya. Filem ini menunjukkan sisi kedua-dua belah pihak. Mereka menentang pengganas tapi dalam masa yang sama perlu menyelami ke dalam minda si pengganas untuk membolehkan mereka mengetahui gerak langkahnya.

5. Black Hawk Down (2001)

Black Hawk Down “mengisahkan” askar-askar US berjuang demi nyawa mereka selepas mereka diserang teruk semasa mereka cuba untuk menangkap dua orang penjenayah perang yang paling dikehendaki.

“Berdasarkan” kisah benar, padat dengan aksi dan penuh emosi. Ia melakukan segalanya dengan betul dalam menjadikannya sebuah filem perang yang menyakinkan. Namun filem ini gagal dalam membawakan peristiwa sebenar itu menjadi lebih benar.

Black Hawk Down antara filem yang berjaya buat penulis seram dengan suasana perang!

Bila bercerita tentang kisah benar, pasti kita akan teringat akan game Medal of Honor: Warfighter. Siri Medal of Honor banyak berdasarkan kisah benar semasa Perang Dunia Kedua. Tapi Medal of Honor: Warfighter berlaku semasa di zaman moden dan salah satu misi di dalam game itu ada mengambil tempat di Somalia, sama seperti dalam filem ini.

4. Green Zone (2010)

Maklumat intipan yang teruk dan beberapa faktor lain telah menyebabkan seorang pegawai tentera US bertindak dengan sendirinya sedang dia mencari Weapons of Mass Destruction di dalam filem Green Zone.

Bila kita menonton filem ini. Kita pasti juga akan teringat kepada mode kempen dalam Battlefield 3 di mana protagonis Henry Blackburn juga terpaksa bertindak dengan sendirinya selepas dua orang agen CIA tidak mempercayai informasi yang diberikan olehnya mengenai senjata nuklear yang sudah berada di New York.

Aksi tembak-menembak di dalam ruang sempit, dipadankan dengan mainan kamera yang dinamik menjadikan aksi dalam Green Zone sangatlah mencemaskan!

Dalam filem ini, korang bukan sahaja dapat melihat aksi-aksi tembak dan pengintipan yang menarik, malah korang dapat belajar tentang politik di dalam peperangan serta selami ke dalam minda seorang askar. Lakonan Matt Damon juga tidak dapat disangkal lagi.

3. Lone Survivor (2013)

Lone Survivor menggambarkan persahabatan dan perjalanan pasukan askar US menjalankan misi untuk membunuh atau menangkap ketua pengganas.

Jika korang sukakan Black Hawk Down, pasti korang akan lebih sukakan filem ini. Filem ini juga berdasarkan kisah benar dan pengarah berjaya menceritakan semula kisah ini dengan hebat kerana kesemua aspek dalam Lone Survivor berasa sempurna!

Apa yang lebih menarik adalah persahabatan antara setiap anggota askar yang ditunjukkan dalam filem ini sama seperti dalam game Medal of Honor 2010 di mana walau apa pun yang terjadi, mereka takkan pernah tinggalkan saudara mereka dalam bahaya.

2. Fury (2014)

Di dalam filem Fury, Brad Pitt mengetuai batalion kereta berperisai dan gerombolan askar US masuk ke dalam kawasan musuh untuk mengalahkan tentera Nazi.

Banyak orang lupa akan kesengsaraan dalam Perang Dunia Kedua dan bertapa mudahnya ia boleh berlaku lagi. Filem ini berjaya mengajar kita tentang perang masa lalu. Ianya bukan hanya filem penuh dengan aksi sahaja, ianya ialah filem yang menunjukkan kepada kita tentang bagaimana hampirnya Hitler dan kuasa paksinya menguasai dunia. Filem ini boleh disamakan dengan game Call of Duty 1,2,3 dan World at War.

1. Saving Private Ryan (1998)

Siapa yang tak kenal dengan filem ikonik ini? Saving Private Ryan mengisahkan sekumpulan askar memasuki kawasan musuh untuk mencari Private Ryan selepas mereka mendapat tahu yang adik-beradik Ryan yang lain telah terbunuh dalam peperangan.

Filem ini merupakan penanda aras kepada era kegemilangan dalam membikin filem perang. Filem ini menyampaikan kesemua elemen dengan baik, jika aksinya tidak dapat menarik perhatian korang, emosinya mungkin. Konsep “No Man Gets Left Behind” dimainkan dengan sangat baik dalam filem ini. Pilihan para pelakon yang tepat untuk setiap karakter mereka. Penggambaran setiap adegan yang cantik, shot dan posisi kamera yang terbaik dalam melakonkan semula peristiwa sebenar terutamanya di adegan Omaha Beach.

Antara babak Omaha Beach yang paling brutal pernah kitorang tengok!

Filem ini juga membawa kepada penciptaan siri Medal of Honor kerana pengarah Saving Private Ryan, Steven Spielberg mahukan video game bertemakan Perang Dunia Kedua. Maka tidak hairanlah kenapa sesetengah video game dalam siri game Medal of Honor, akan ada satu misi berlatar belakangkan Omaha Beach. Tidak lupa kepada siri Call of Duty dulu yang juga membawa tema Perang Dunia Kedua.

Kepada peminat FPS yang menghayati sejarah Perang Dunia Kedua boleh menonton filem ini kerana aksinya yang menarik, lakonan dan drama yang mantap serta plot yang menarik.


Sebenarnya ada banyak lagi filem yang wajib ditonton oleh penggemar game shooter. Nanti kitorang kongsikan di dalam artikel-artikel akan datang. Apa filem shooter kegemaran korang? Kongsikan dengan kitorang!

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

MOP: Operation Cleanup: Game Membersihkan Alam Sekitar!

Battle of Jakku Bermula Hari Ini, Jom Tengok Launch Trailer & Gameplay 10 Minit