Sistem kemaskini terbaru Xbox One sekarang boleh dimuat-turun untuk ahli Insider dan terkandung beberapa ciri-ciri terbaru yang hebat.
Patch terbaru membolehkan korang menjemput rakan korang untuk menyertai bersama dalam aplikasi live streaming Microsoft yang telah dijenamakan semula iaitu Mixer. Walau bagaimanapun, Microsoft mengingatkan bahawa sehingga ciri itu digunakan dengan lebih meluas. Buat masa ini ia hanya boleh didapati untuk pengguna Alpha Insider, dan bukan ahli Beta. Korang juga perlukan langganan Xbox Live Gold untuk menjemput kawan untuk melakukan live streaming bersama-sama.

Tambahan pula, kemaskini terbaru ini membenarkan korang untuk menghubungkan akaun Microsoft kepada controller tertentu. Ini bermakna, pada masa akan datang, jika korang hendak bermain semula Xbox One, butang kekunci di controller yang korang sudah tetapkan akan log masuk akaun yang ditetapkan. Ini sangat berguna kerana jika korang berkongsi Xbox One dengan orang lain, korang akan mendapat spesifikasi controller yang berbeza mengikut akaun masing-masing.
Akhir sekali, kemaskini preview terbaru ini telah memperbaiki masalahnya. Baca nota penuh patch di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut:
Nota Patch Prebiu Alpha Xbox One Build 1706.170526-2218
Ciri-ciri terbaru
Selamat datang ke 1706 di Xbox One! Bulan ini Microsoft melakukan penambahbaikan seperti yang diminta oleh peminat. Ciri-ciri baru untuk Mixer dan banyak lagi!
Nota: Tidak semua ciri-ciri yang dirancang untuk kemaskini 1706 boleh didapati buat masa ini.
Profile
Apabila pengguna log keluar dipilih ke dalam Guide, alamat emel yang berhubung dengan akaun mereka sekarang akan ditunjukkan di bawah profil mereka. Apabila pengguna log masuk, akaun mereka juga akan ditunjukkan di bawah profil mereka di Home.
Ciri ini dihidupkan secara tetap untuk akaun dewasa dan boleh dimatikan untuk akaun kanak-kanak. Akaun dewasa boleh mematikan ciri ini menerusi navigasi ke Settings > Accounts > Sign-in, Security & Passkey.
Co-streaming
Anda kini boleh menjemput rakan untuk bergabung streaming dengan korang! Log masuk dengan akaun yang sudah ada langganan Xbox Live Gold dan jemput rakan korang untuk menyertai parti korang. Sebaik sahaja korang mulakan penyiaran game dari Guide, korang akan boleh memilih “invite party to co-stream” untuk Party Tab.
Co-streaming kini boleh didapati hanya untuk Alpha Insider. Jadi kami menyarankan korang menggunakan forum Insider untuk sync up dengan ahli Alpha Insider lain untuk mencuba ciri ini.
Menghubungkan controller
Log masuk ke akaun Xbox korang sekarang boleh dilakukan dengan menekan pada butang Xbox terima kasih kepada controller terbaru dengan ciri yang boleh menghubungkan akaun korang kepada controller spesifik dengan membuka Guide, navigasi ke Settings > Account > Sign-in, Security & passkey dan pilih pilihan “This controller signs in…” diikuti dengan “Link controller.”
Dari situ, cuba ciri itu untuk dengan log keluar dari akaun anda dan matikan controller anda dan hidupkan semula.
Yang telah diperbaiki
Windows Sonic
- Telah memperbaiki isu yang mana boleh menyebabkan gangguan bunyi dan audio apabila Windows Sonic dihidupkan.
Skype UWP
- Telah memperbaiki yang mana kadangkala boleh menyebabkan Skype UWP tergendala semasa digunakan.
Mixer
- Telah memperbaiki isu yang mana kadangkala boleh menyebabkan papan kekunci maya hilang fokus (Menghalang teks daripada masuk).
Isu yang diketahui
Party Chat
- Apabila memulakan sesi party chat, ikon “connecting” mungkin tidak pernah hilang dan parti itu gagal untuk dihubungkan.
- Workaround: Cipta parti baru dan jemput ahli parti.
Audio
- Apabila menggunakan Windows Sonic atau Dolby Atmos untuk fon kepala, anda mungkin mendengar statik di dalam audio itu. Isu ini sedang disiasat oleh pasukan pembangunan.
Games & Apps
- Genting game dan app kadangkala tidak kelihatan dalam Games & Apps.
Mixer
- Selepas menolak papan kekunci maya, usaha untuk melancarkan semula papan kekunci maya mungkin gagal.
- Apabila menukar game sementara bersiaran dengan Mixer. Stream menjadi tergendala dan tidak membenarkan pengguna untuk menutup atau menghidupkan semula penyiaran.
- Workaround : Hidupkan semula konsol.
Comments
Loading…