in , , , ,

Jom Tengok Intro Cinematic Video Game One Punch Man: A Hero Nobody Knows

Tak sangka manga conteng-conteng kini menjadi francais jutaria sebegini…

Bandai Namco telah mengumumkan opening cinematic bagi adaptasi video game siri animanga popular yang bertajuk One Punch Man: A Hero Nobody Knows. Kalau korang peminat OPM, korang mesti kenal karakter-karakter yang ditampilkan, kan? Kasi layan cinematic ni sambil goyang dengar lagu latar Freaking Out! dari JAM Project.

One Punch Man: A Hero Nobody Knows boleh di-pre-order bagi mendapatkan kandungan ekstra. Saitama (Dream Version) adalah playable character ekstra. Terdapat juga 2 pakaian tambahan buat Saitama – tracksuit dan formal black suit. Topeng Saitama juga boleh digunakan sebagai avatar.

One Punch Man: A Hero Nobody Knows akan hadir ke platform PC, PS4 dan Xbox One pada 28 Februari 2020.

What do you think?

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Lightsaber Kini Di Dalam Fortnite!

Lightsaber Kini Di Dalam Fortnite!

Yennefer atau Triss? Henry Cavill aka Geralt of Netflix Jawab Persoalan Ini

Yennefer atau Triss? Henry Cavill aka Geralt of Netflix Jawab Persoalan Ini