in , , ,

Jom Sertai Pertandingan PES 2020 Ini, Berentap Menggunakan Pasukan Liga Malaysia

Kita masuk pertandingan PES 2020 guna pasukan-pasukan Liga Malaysia lah, apa barang guna kelab-kelab Eropah!

Bersempena dengan pelancaran jersi baharu Terengganu FC untuk musim 2020/2021, KuppyStation bakal menganjurkan sebuah pertandingan PES 2020 di Kuala Terengganu pada bulan hadapan.

Apa yang menarik tentang kejohanan esports ini ialah di sebalik kebiasaan pertandingan yang menggunakan kelab-kelab ternama Eropah, penganjur hanya membenarkan menggunakan pasukan-pasukan dari Liga Malaysia sahaja. Kehadiran pasukan-pasukan tempatan dalam PES 2020 yang akan digunapakai dalam acara itu nanti pastinya menggunakan patch yang disediakan oleh MSL Patch PESLOXdesign.

Berikut ialah butiran lanjut yang korang perlu tahu untuk pertandingan ini:

  • Nama pertandingan: TFC Cup Challenge
  • Tarikh: 15 Februari 2020
  • Lokasi: Perkarangan Dataran Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Yuran Penyertaan: RM25 (sebelum 9 Februari), RM35 (selepas 9 Februari)

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi +6019-991-6794 (Nullykurr), atau korang boleh terus membuat pendaftaran melalui pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Melihat Fanart Ini Akan Buat Korang Seperti Mahu PlayStation Dan Nintendo Bikin Game Bersama

Melihat Fanart Ini Akan Buat Korang Seperti Mahu PlayStation Dan Nintendo Bikin Game Bersama

Rasmi! The Last of Us Part II Bakal Dilancarkan Pada 21 Februari 2020, Saksikan Trailer Terbaru

Naughty Dog Mencari Pekerja Baru Yang Mahir Dengan Selok-Belok Pembangunan PC Untuk Last of Us 2