Pada awal bulan hadapan, JByte Gaming dengan kerjasama Kelab Belia Sukan Am PG (KBSA) bakal menganjurkan sebuah pertandingan PES 2019 di Gelang Patah, Johor Bahru, Johor.

Acara ini merupakan pertandingan esports pertama yang dianjurkan oleh mereka pada tahun 2019, yang diiktiraf oleh PES Malaysia. Bermakna, pertandingan akan memberikan mata kepada lapan pemain terbaik yang mana acara kemuncaknya nanti akan diadakan di Bangkok — iaitu PES SEA Finals 2019


Berikut ialah butiran yang perlu korang tahu tentang acara ini:

  • Nama Acara: JByte PES 2019 Football War
  • Tarikh: 2 Februari 2019
  • Lokasi: JByte Gaming Studio Gelang Patah
  • Masa: 10 pagi – 6 petang
  • Yuran Pendaftaran: RM 25/setiap pemain
  • Hadiah Kemenangan:
  • Juara: RM400
  • Naib Juara: RM200
  • Tempat Ketiga: RM150
  • Tempat Keempat: RM100
  • Ke-5 hingga Ke-8: RM50/setiap pemain

Acara ini turut mendapat sokongan Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS), Aksiz dan JomGaming.

Berminat? Korang boleh terus mendaftar di pautan ini.

JomKomen!