in , , ,

Jom Sertai Pertandingan PES 2019 2v2 Pertama Di Kuala Lumpur, RM1,800 Jadi Rebutan!

Sebulan untuk berlatih PES 2019. Cukup tak?

Lexder RV Gaming Lounge akan menganjurkan pertandingan PES 2019 2v2 yang pertama untuk musim baru ini. Di bawah adalah apa yang korang perlu tahu tentang pertandingan ini:

  • Nama Acara: PES 19 2vs2 TOURNAMENT
  • Lokasi: Lexder RV Gaming Lounge, 26, Jalan Rampai Niaga 4, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur
  • Tarikh: 22 September 2018
  • Masa: 9 pagi hingga 10 malam
  • Yuran Pendaftaran: RM45 (setiap pasukan)
  • Hadiah Kemenangan:
    – Juara – RM1,000
    – Naib Juara – RM500
    – Tempat Ketiga – RM200
    – Tempat Keempat – RM100

Pihak penganjur mengatakan yang pertandingan pertama PES 2019 2v2 ini diadakan selepas kehangatan pasukan Malaysia (Keron & Haikal) di Sukan Asia Indonesia. Kata mereka lagi, dengan konsep “tag team”, ia sememangnya akan memberikan kepuasan maksimum kepada semua peserta disamping bertujuan mencari pelapis-pelapis baru dalam merancakkan lagi pembangunan esports amnya dan PES 2019 khasnya di dalam Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman Facebook Lexder RV Gaming Lounge, atau hubungi +60122748425 (Kamil).

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bagaimana Komuniti Reddit Menukar Screenshot Marvel’s Spider-Man Menjadi Hasil Seni

AMD Sedang Membantu Sony & Microsoft Dalam Membangunkan Konsol Terkini