in , , , , ,

Jom Sertai Pertandingan PES 2018 Di Ampang Pada 17 Mac Ini

Cuti sekolah nanti buat apa?

Minggu hadapan, Geek Empire bakal menganjurkan pertandingan PES 2018 yang semestinya menawarkan hadiah kemenangan yang berbaloi untuk menjadi rebutan. Lebih menarik, ia merupakan pertandingan PES 2018 pertama yang dianjurkan oleh studio gaming itu.

Di bawah adalah butiran yang perlu korang tahu tentang pertandingan ini:

  • Nama Pertandingan: GEEK EMPIRE 1st PES2018 Tournament
  • Venue:  Geek Empire e-Sport Centre, 1-22 Block B Jalan Dagang B/3A, 68000 Ampang, Selangor.
  • Tarikh: 17 Mac 2018 (Sabtu)
  • Masa: 10 pagi hingga 6.00 petang
  • Game: PES 2018
  • Platform: Playstation 4
  • Jumlah Slot: 64 pemain
  • Hadiah Kemenangan:
    Juara – RM600 + Mock Cheque + Medal
    Naib Juara – RM300 + Mock Cheque + Medal
    Tempat Ketiga – RM100 + Mock Cheque + Medal
    Tempat Keempat – RM100 + Mock Cheque + Medal
    Tempat Kelima-Kelapan – RM50 + Medal
  • Yuran Pendaftaran: RM35

Kalau hadiah-hadiah ini masih belum cukup untuk membuat korang tertarik, korang perlu tahu yang pertandingan ini adalah sebuah acara yang mendapat sokongan PES Malaysia – dan mata boleh dikumpul untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

Jadi, tunggu apa lagi? Korang boleh daftarkan nama korang di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Metal Gear Survive: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Polis Singapura Kini Melancarkan Kerjasama Bersama The Pokemon Company