Menu
in , , ,

Jom Sertai Pertandingan Online PUBG Mobile Dan PES 2020 – Hadiah Terkumpul RM5,350

Jabatan Belia Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Esports Malaysia Terengganu dan WEPES Malaysia bakal menganjurkan satu pertandingan online yang membabitkan dua game yang menarik — iaitu PUBG Mobile dan PES 2020 (PS4) — bakal berlangsung sepanjang bulan Julai 2020.

Hadiah kemenangan terkumpul yang ditawarkan ialah sebanyak RM5,350. Paling penting, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk penyertaan, maknanya, sertai pertandingan ini secara percuma.

Walaupun ia merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan di Terengganu, ia sebenarnya terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia. Jangan fikirkan tentang pengangkutan atau nak menghadirkan diri ke Terengganu pula kerana semuanya diadakan secara online.

Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Slot adalah terhad! Dapatkan butiran lanjut dan klik pautan-pautan di bawah untuk pendaftaran:

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version