Mana abang-abang long FIFA di Puchong dan kawasan sekitar?

Pada pertengahan bulan ini KitaGamers Station dan Prodigy FIFA Gaming bakal menganjurkan pertandingan FIFA 18 di Puchong, Selangor. Pastinya ada hadiah menarik untuk korang rebutkan!

Apa yang menarik tentang pertadingan kali ini, ia memberi peluang kepada para pemain amatur untuk menyinar. Mana-mana pemain yang pernah menjadi juara dalam mana-mana pertandingan FIFA sebelum 2 April tidak dibenarkan untuk menyertainya.

Di bawah adalah butiran yang korang perlu tahu tentang pertandingan ini:

  • Nama Pertandingan:¬†KitaGamers Station M-150 FIFA 18 Challenge
  • Tarikh: 15 April 2018
  • Masa: Bermula 9 pagi
  • Venue: KitaGamers Station, Puchong Selangor.
  • Yuran: RM25
  • Hadiah Kemenangan:
    – Juara – RM500 + Jersi juara
    – Naib Juara – RM300
    – Tempat Ketiga – RM200
    – Tempat Keempat – RM100
    – Tempat Kelima-Kelapan – Hadiah saguhati

Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Jom daftar dan dapatkan maklumat lebih lanjut di Facebook Event ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.