in , , ,

Jom Sertai Pertandingan FIFA 18 di Nilai, Negeri Sembilan – Sepenuhnya PS4 Pro Dan 4K TV!

Adakah korang pemain paling bernilai di Nilai?

Bersempena dengan pembukaan Rematch Gaming Lounge di Nilai, Negeri Sembilan, mereka bakal menganjurkan sebuah pertandingan FIFA 18. Apa yang paling menarik tentang studio ini adalah kesemua stesen menggunakan PS4 Pro dan 4K TV.

Kalau korang sertai pertandingan ini, bukan setakat dapat mengasah bakat FIFA korang dan berjumpa dengan pemain-pemain hebat lain – malah mata korang pasti akan disajikan dengan grafik yang mantap!

Di bawah adalah butiran yang perlu korang tahu tentang pertandingan ini:

  • Lokasi: Rematch Gaming Lounge, Starz Valley, Nilai, Negeri Sembilan
  • Tarikh: 17 Mac 2018 (Sabtu)
  • Masa: Bermula 11 pagi
  • Yuran Pendaftaran: RM25 (tarikh akhir 2 Mac), RM30 (selepas 2 Mac)
  • Hadiah Kemenangan:
    – Juara – RM400
    – Naib Juara – RM250
    – Tempat Ketiga – RM50

Korang yang berada berdekatan Nilai itu, apa tunggu lagi?  Jom daftar sekarang sebelum slot habis!

Korang boleh mendaftar atau dapatkan maklumat lanjut di sini, atau boleh hubungi Facebook Page mereka.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Video Game Ganas Patut Dikenakan Cukai Tambahan, Kata Ahli Politik Amerika

Battlefield 1: Trailer Single-Player Ini Akan Bawa Anda Ke Era WW1 Dengan Penuh Emosi

DICE Sahkan Video Trailer Battlefield 2018 “Bakal Tiba”