Jom sertai dan meriahkan komuniti Arena of Valor (AoV)!

Valiant eSports Association (VEA) sedang menganjurkan sebuah pertandingan AoV yang membuka penyertaan kepada rantau MSP (Malaysia, Singapura, Filipina) — digelar Valiant Super League (VSL). Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menaikkan lagi esports, terutamanya scene AoV di rantau ini.

VSL akan mengadakan 2 kali pusingan kelayakan. Yang pertama akan diadakan dari 22 Januari hingga 21 Februari, manakala pusingan kelayakan kedua pula akan berlangsung dari 26 Februari hingga 28 Mac.

Apa yang menarik tentang pertandingan ini ialah semua perlawanan akan di-livestream dan akan menampilkan casters seperti Lychee Kang, Luchill, Aidan Tan, Yumiko, Huskkie dan ramai lagi.

Memandangkan ia merupakan sebuah pertandingan yang dianjurkan komuniti, pemenang hanya akan mendapat sijil dan medal. RM10 yang dikenakan untuk penyertaan adalah untuk melancarkan perjalanan pertandingan ini.

Ketika dihubungi JomGaming, pihak penganjur ada menyatakan yang mereka membuka pintu kepada mana-mana pihak yang ingin menaja acara ini — sekaligus menawarkan jumlah hadiah yang lebih menarik, seterusnya memeriahkan lagi scene AoV di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook Valiant Esports Association.

JomKomen!