in , , , , ,

Jom Sertai Kejohanan Call of Duty: Infinite Warfare MYCG Arena Di Bangi, Selangor

Inilah masanya untuk pamerkan bakat-bakat terpendam anda dalam Call of Duty!

MYCG E Sports Arena Bangi bakal menganjurkan Kejohanan Call of Duty: Infinite Warfare MYCG Arena pada hujung minggu ini. Bagi anda yang tidak mengetahui, pengajur kejohanan ini adalah organisasi yang menguruskan RamPaGe Gaming – sebuah pasukan Call of Duty profesional campuran Malaysia dan Singapura yang telah memenangi tempat kedua di Call of Duty: Infinite Warfare Asia Championship di Korea Selatan tempoh hari.

Bermakna, ini adalah kejohanan yang dikendalikan oleh pihak penganjur eSports yang profesional. Maka, ini merupakan platform yang terbaik untuk anda berjinak-jinak dalam arena profesional Call of Duty.

Berikut adalah butiran yang perlu anda ketahui mengenai Kejohanan Call of Duty: Infinite Warfare MYCG Arena ini:

  • Tarikh: 4-5 Februari 2017
  • Yuran: 4 Orang/Sepasukan – RM120
  • Jumlah pasukan: 16 pasukan
  • Platform: PlayStation 4
  • Game mode:
    – Hardpoint
    – Search and Destroy
    – Uplink
  • Mengikut format dan peraturan CoD World League
  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia

Anda boleh ketahui maklumat lebih lanjut dan mendaftar pasukan anda di sini.

RamPaGe Gaming di Call of Duty: Infinite Warfare Asia Championship.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Kumpulkan rakan-rakan Call of Duty terbaik anda dan jadikan ini sebagai langkah pertama kalian dalam memasuki kancah eSports!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Global Game Jam 2017: Aliran Gelombang Kreativiti Game Dev Seluruh Dunia!

Xbox One Mungkin Akan Menerima Kebolehan Menggunakan Mouse Dan Keyboard