Sony Interactive Entertainment dan Activision telah mengeluarkan trailer yang menampilkan Call of Duty: WWII dan konsol PS4 edisi khas.

Trailer itu memaparkan bundle PS4 tersebut dan seterusnya memaparkan beberapa babak dari game itu, dari pendaratan D-Day sampailah ke Battle of the Bulge. Apa yang menariknya kita diperlihatkan dengan pilihan warna camo untuk PlayStation 4 edisi Call of Duty: WWII itu. Ianya menggunakan corak warna seperti pakaian tentera.

https://www.youtube.com/watch?v=puZUCEvAjM4

Call of Duty: WWII akan dikeluarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 3 November. Edisi khas ini juga akan dilancarkan pada masa yang sama di Amerika Utara dan Eropah.

JomKomen!