Lepas tengok, boleh lah bercadang #BolehBeliOrBolehBlah!?

Anthem sudah menjalankan alpha test Disember lepas. Banyak yang memuji gameplay seakan Destiny-nya serta kebolehan penerbangan Javelin merentasi map yang serba luas.

Bagi korang yang terlepas alpha test tersebut, kini korang boleh tonton apa yang ditawarkan dalam sesi uji tersebut melalui video dari IGN.

Video gameplay bagi mission ‘Lost Arcanist’ ini menampilkan tiga jenis Javelin class – Colossus yang berat dan perlahan, Interceptor yang pantas dan Storm dengan kuasa ala magik.

Anthem dijadualkan untuk dilancarkan pada 22 Februari dan akan ada beberapa lagi sesi demo Anthem telah diumumkan:
25 – 27 Januari – Sesi demo VIP bagi mereka yang preorder dan pelanggan Origin Access.
1 – 3 Februari – Demo terbuka bagi semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.