Pasti mengujakan peminat-peminat siri klasik ini!

Dikongsi oleh GameSpot, gameplay ini telah dirakam di E3 yang berlangsung beberapa hari yang lepas. Gameplay ini memaparkan beberapa aksi kejar mengejar menentang jet pejuang yang lain dengan kualiti grafik yang memuaskan. Disamping itu, kita juga dapat melihat pemain dibenarkan untuk menukar loadout bagi jet pejuang yang akan dipandu.

Ace Combat 7: Skies Unknown akan diterbitkan bagi platform PC, PS4, dan Xbox One. Ianya juga akan menampilkan sokongan VR.

JomBaca: 7 Fakta Tentang Ace Combat 7: Skies Unknown Yang Dikongsi Oleh Kazutoki Kono!

JomKomen!