The Ghost Recon: Wildlands open beta boleh diakses oleh semua di PC, PS4 dan Xbox One.
Melalui open beta kali ini, pemain-pemain akan mendapat akses kepada sebuah misi yang dinamakan sebagai “Unidad Conspiracy”. Seperti yang diumumkan oleh Ubisoft, Ghost Recon: Wildlands boleh dimainkan secara solo atau co-op seramai 4 orang pemain semasa open beta ini.
Pemain-pemain juga akan diberi akses untuk mencuba pelbagai senjata, aksesori taktikal dan juga kenderaan bagi menyelesaikan misi yang diberikan ini.
Open beta bagi Ghost Recon: Wildlands akan bermula pada 23 Februari, 7 malam (waktu Malaysia) dan berakhir pada 27 Februari, namun begitu pemain-pemain akan boleh mula memuat-turun open beta ini seawal 20 Februari.
Comments
Loading…