Publisher 505 Games telah menerbitkan trailer terbaru bagi Bloodstained: Ritual of the Night – pewaris kepada karya Koji Igarashi iaitu Castlevania: Symphony of the Night.

Video trailer ini menampilkan preview kepada watak utama game ini Miriam dan juga senjata dan skill yang dimilikinya. Trailer ini berakhir dengan boss fight baru bernama Bloodless yang menggunakan payung dan badai berdarah untuk menyerang Miriam.

Seperti siri Castlevania, Bloodstained adalah game side-scrolling dengan elemen RPG. Game ini meletakkan korang di England pada kurun ke-18 dan memerlukan korang untuk mengembara di dalam istana dipenuhi raksasa dalam pencarian summoner dan memecahkan sumpahan yang dikenakan ke atas Miriam.

Bloodstained: Ritual of the Night telah diumumkan pada 2015 dan dijangka akan diterbitkan pada tahun 2018 bagi platform PS4, Xbox One, PC, PSVita dan Switch. Maklumat lanjut Bloodstained akan diumumkan di E3 kelak.

JomKomen!