in , ,

Jom Layan Anime Prekuel Gravity Rush 2! Gravity Rush the Animation ~Overture~!

Seperti diumumkan pada artikel sebelum ini, akhirnya anime ini boleh ditonton oleh semua!

Diterbitkan oleh Studio Khara, animasi pendek ini diberikan nama Gravity Rush the Animation ~Overture~ dan merupakan kisah penghubung antara siri asal dan Gravity Rush 2 yang bakal diterbitkan pada 20 Januari nanti.

Siri animasi pendek ini didatangkan kepada 2 bahagian dan boleh ditonton dibawah.

Demo Gravity Rush 2 juga sudah boleh didapati melalui PlayStation Store untuk peminat-peminat siri ini.

Saksikan aksi gameplay Gravity Rush 2 beserta temubual bersama developer yang telah dikongsi oleh PlayStation Japan baru-baru ini.

Gravity Rush 2 bakal diterbitkan pada 20 Januari manakala DLC The Ark of Time – Raven’s Choice yang percuma masih lagi dalam proses penyiapan dijadualkan untuk menemui peminat pada bulan Mac nanti.

[su_spoiler title=”This reminds me of Tendangan Padu Maut from Suria Perkasa Hitam (Kamen Rider Black) though.”][/su_spoiler]

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sekali Lagi, Guillermo del Toro Katakan “F**K Konami”

Saksikan Barisan “Goal of The Year” FIFA 17 Yang Dikeluarkan EA Sports