in , , , ,

Jom Join Pesta Fighting Game Anime Di Animangaki 2018!

Tahun ini, komuniti fighting game Infinite Carnage (InC) bersama rakan-rakan komuniti mereka akan meneruskan pesta gaming di Animangaki 2018! Jom join!

Bagi korang yang akan menghadiri Animangaki 2018 nanti, apa kata join tournament fighting game BlazBlue Cross Tag Battle, Tekken 7 dan DragonBall FighterZ anjuran Infinite Carnage, Malaysian Tekken Society, dan AirDashers Malaysia.

Yuran pendaftaran ini adalah termasuk tiket 2 hari ke Animangaki 2018! Jadi, korang bukan saja dapat bergaduh di dalam game, malahan dapat melawat segala tarikan yang ada di acara ini. Hadiah-hadiah bagi setiap acara adalah seperti berikut:

BlazBlue Cross Tag Battle
10am – 7pm | 18 Ogos 2018

Juara: RM150 + BBCF Viewlex Model Kit + Brook PS4 PCB
Naib Juara: RM150
Tempat Ke-3: RM100

Tekken 7
10am – 7pm | 19 Ogos 2018

Juara: RM150 + Hadiah Misteri
Naib Juara: RM150
Tempat Ke-3: RM100

DragonBall FighterZ
10am – 7pm | 19 Ogos 2018

Juara: RM150 + Brooks PS4 PCB + DragonBall Figurine
Naib Juara: RM150
Tempat Ke-3: RM100

Nak join? Daftar aje dengan KLIK BARISAN AYAT INI. Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke Facebook Infinite Carnage!

Apa Lagi Yang Ada?

Selain itu, banyak lagi aktiviti gaming lain yang boleh korang layan!

Hitbox Gaming akan membuka booth gaming diorang. Ada area game Taiko no Tatsujin (1 lagu = RM1 ) dan game Until Dawn, Summer Lesson, Batman VR dan Mobius Blitz PSVR (RM3 untuk 15 minit). Sila duduk, main game dan jangan lari!

Selain aktiviti gaming santai, aktiviti gaming fizikal turut ada nanti. Korang boleh menari Free to Play di atas mesin Dance Dance Revolution DIY yang dipromosi RareTech dan Hitbox Gaming. Lepas Animangaki, korang boleh menari-nari DDR ke Hitbox Gaming pulak nanti!

GamesFusion pula akan membawakan setup Just Dance diorang yang juga Free to Play. Memang meriah menari-nari lah arena gaming ni nanti!

Tak cukup dengan itu, The Rift selaku jenama arena VR terkenal juga akan turut serta bersama menyertai arena gaming di Animangaki ini

Kalau korang gamers dan korang berada di Animangaki 2018 – korang wajib join! Memang best! Tak percaya? Jom layan album gambar daripada Animangaki 2017.

Amboi, meriah sungguh acara AniManGaki 2017【Official Event Page】. Sesak sampai tak nampak lantai! Jom main game dengan…

Posted by JomGaming on Jumaat, 18 Ogos 2017

So, tak sabar nak main game di Animangaki? Kitorang jugak geng. Kitorang jugak. Jom, join kitorang di sana!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dapatkan Insurgency Secara Percuma Di Steam Sekarang Dan Simpannya Buat Selamanya

“Saya Tidak Risau Tentang Spider-Man”, Kata Pengarah Shadow of the Tomb Raider