Bangsa membaca, bangsa berjaya. Bangsa dengar orang lain membaca, dapat lah tempias berjaya tu…macam tu kot…
Netflix telah menerbitkan video promosi terbaru bagi siri The Witcher yang akan dilancarkan tak lama lagi. Video ni akan menampilkan Henry Cavill yang secara harfiahnya membacakan sedikit dari The Last Wish, buku pertama siri buku The Witcher tersebut. Jom layan.
Alkisah Geralt of Rivia bermula lama dahulu sebagai The Last Wish, buku pertama karya Andrzej Sapkowski, penulis Poland dan diteruskan dengan siri-siri berikutnya sehingga diambil CD Projekt Red untuk diangkat ke medium video game yang meletuskan kegilaan terhadap dunia The Witcher dan akhirnya membawa kita ke medium penceritaan yang berikutnya – live action.
Siri Netflix The Witcher ini akan dilancarkan 20 Disember nanti dan akan menampilkan pelakon-pelakon seperti Henry Cavill sebagai Geralt of Rivia, Freya Allan sebagai Ciri, Anya Chalotra sebagai Yennefer, Jodhi May sebagai Queen Calanthe, Bjorn Hlynur Haraldsson sebagai Eist, Adam Levy sebagai Mousesack, MyAnna Buring sebagai Aretuza, dan Millie Brady sebagai Princess Renfri, beserta Mimi Ndiweni dan Therica Wilson-Read sebagai novice sorcerers.
Comments
Loading…