Open Beta untuk Dreadnought dilancarkan di PS4 pada hari ini. Jadi, jom kita tengok apa yang ada dalam versi ini!

Anda bakal bertempur menggunakan kapal armada angkasa lepas hari ini di platform PS4 dan game ini boleh dimuatturun secara percuma. Buat masa ini ia hanya dilancarkan di rantau Amerika (R1) dan Eropah (R2).

JomBaca: 10 Langkah Mudah Untuk Membuka Akaun Playstation Region US/UK dan Jepun

Dreadnought memperkenalkan pertarungan kapal perang angkasa 5v5 team deatmatch. dan 8v8 Onslaught .Antara 6 jenis kapal angkasa yang terdapat dalam game ini adalah Artillery Cruiser, Destroyer, Tactical Cruiser, Corvette dan juga Dreadnought. Anda serta kumpulan anda memerlukan strategi tactical combat untuk menang dalam pertempuran tersebut.

Di bawah adalah maklumat ringkas mengenai kapal-kapal ini:

Artillery Cruiser

Kapal serdahana yang berkuasa dalam menembak dari jauh (mudah dipanggil sniper) yang mempunyai perisai yang rendah namun boleh meletupkan kapal dengan beberapa kali tembakan sahaja.

Destroyer

Kapal serdahana besar yang mempunyai kekuatan perisai yang seimbang, serta daya kuasa menembak jarak dekat, juga boleh menembak jauh dengan keupayan peluru berpandunya.

Tactical Cruiser

Kapal kecil yang bertugas untuk memberi support kepada kapal-kapal lain dalam bentuk membaiki kerosakan (healer)/membantu menembak musuh.

Corvette

Kapal kecil yang sangat tangkas dan walaupun mempunyai perisai yang lemah setiap tembakan mampu menhancurkan kapal musuh sekali gus

Dreadnought

Kapal besar yang kebal (tanker) mempunyai kuasa menembak jarak dekat, walaupun kapal ini bergerak perlahan namun ia berkeupayan teleport ke mana-mana sahaja.

Sekiranya anda peminat dalam pertempuran kapal, game ini adalah salah satu game yang mesti anda main, walaupun anda penggemar pertempuran FPS Fast Paced, seperti Overwatch atau Titanfall dan yang seangkatan dengannya, Dreadnought adalah game yang sangat berbaloi untuk anda cuba, tambahan lagi game ini adalah percuma.

JomKomen!