in , ,

John Wick Chronicles: Mengamuk Sebagai John Wick Di Dalam VR!

Korang ingat filem John Wick yang mengamuk mencari pembalasan dendam ke atas pembunuhan anjing beliau? Lepas ni korang boleh jadi John Wick mengamuk dalam VR!

Sehari sebelum tayangan filem John Wick: Second Chapter, John Wick Chronicles akan diterbitkan khusus buat HTC Vive di Steam pada 9 Februari.

Dibangunkan oleh Starbreeze Studios, Grab Games, Big Red Button, dan Gamecostudios – John Wick Chronicles adalah game VR first person shooter (FPS) yang meletakkan korang sebagai… siapa lagi kalau bukan John Wick!

Cerita John Wick Chronicles ini pula akan berlangsung di antara filem pertama dan kedua, dan korang akan dapat mengembara Continental Hotel dan melaksanakan misi-misi pembunuhan yang hanya dapat dilakukan John Wick!

John Wick Chronicles akan diterbitkan 9 Februari di Steam bagi HTC Vive. Korang boleh pre-order game tersebut dengan harga USD19.99 (~RM88), dan dapatkan Payday 2 percuma!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Injustice 2: Bilangan Karakter Lebih Ramai Daripada Mortal Kombat X!

For Honor Open Beta Akan Diadakan 9-12 Februari, Satu Game Mode Baru Ditambah