Kalau ikut lawak John Cena – kita boleh tengok ke dia berlakon nanti? Ke macam mana?
Bintang WWE, John Cena akan memainkan watak Duke Nukem di dalam sebuah filem aksi akan datang!
Duke Nukem adalah watak utama di dalam francais game yang mempopularkan genre first person shooter. Watak ini cukup terkenal dengan gaya rambut crew cut sambil melakukan keganasan bersenjata dan ungkapan-ungkapan one-liner yang ikonik.
Penglibatan John Cena disahkan oleh Andrew Form, penerbit (The Purge, Teenage Mutant Ninja Turtles) di dalam sebuah temuramah bersama CinemaBlend. Khabar angin ini mula tersebar sejak Januari lepas, dan hanya disahkan menerusi temuramah ini.
Comments
Loading…