in

“Jika Game Harga Penuh, Gamers Patut Dapat Game Yang Dah Digilap” – Respon CD Projekt Red Terhadap Loot Box

Loot box terus kekal menjadi isu yang kontroversi dalam industri video game. Isu tersebut telah memberi impak yang mengejutkan kepada industri pada tahun 2017 sehinggakan ahli politik mula masuk campur untuk menggubal undang-undang yang lebih ketat.

Sementara beberapa orang penganalisis mempersoalkan sejauh mana game single-player akan dapat bertahan pada masa hadapan. Kejayaan game The Witcher 3 sebagai sebuah game dengan jualan tertinggi pada tahun lepas mencadangkan supaya gamers terus kekal bermain game pengembaraan solo.

Pada bulan November, CEO CD Projekt Red, Adam Kiciński mencadangkan game yang paling ditunggu-tunggu, Cyberpunk 2077 akan memasukkan elemen online untuk memastikan kejayaan jangka masa panjangnya. Pengasas bersama, Marcin Iwiński memberitahu kepada PC Gamer bahawa sistem loot box yang kontroversi itu telah mendominasi perbualan mengenai game multiplayer vs single player sejak 12 bulan yang lepas.

“Bunyi ‘perbualan’ agak terlalu baik untuk menghuraikan apa yang telah berlaku pada tahun lepas. Saya lebih suka memanggilnya sebagai tindak balas dari komuniti. Dan pada masa sekarang, ianya bukan hanya tentang komuniti tegar sahaja, ada ramai gamers yang sedang marah di luar sana dan mereka memutuskan untuk meluahkan pendapat mereka. Di mana saya dan pasukan saya berdiri adalah sesuatu yang mudah dan kamu boleh lihatnya sendiri dengan kesemua game keluaran kami yang lepas seperti The Witcher 3: Wild Hunt dan GWENT.”

“Jika kamu membeli game dengan harga penuh, kamu sepatutnya mendapat game yang besar, digilap dengan kandungan yang baik serta gameplay yang berjam-jam lamanya,” kata Marcin Iwiński.

“Definisi ‘banyak’ mungkin berlainan pada game-game lain, tapi dalam kes kami, ianya gameplay selama 50-60+ jam untuk jalan cerita. Dengan beberapa ratus jam untuk aktiviti-aktiviti sampingan, jika kamu mahu mencapai tahap yang maksimum untuk game itu. Pada saya, ini adalah sesuatu yang adil. Kamu dapat apa yang kamu bayar, tambahan pula kami selalu cuba lakukan yang terbaik untuk menawarkan lebih daripada apa yang sudah ditawarkan. Tidak ada PR yang lebih baik dari gamer yang gembira mengesyorkan game kamu kepada kawan mereka.”

“Kemudian, terdapat kandungan tambahan yang perlu dibayar. Apa yang kita panggil sebagai Expansions atau DLC. Benda seperti add-ons sudah ada semasa era Baldur’s Gate. Kami telah mengeluarkan dua Expansions seperti itu, dan setiap satunya menawarkan kandungan yang bermakna dengan memberikan gameplay dan jalan cerita baru yang berjam-jam lamanya. Akhir sekali, terdapat juga DLC, bagi kami, mereka adalah kandungan-kandungan kecil yang mana sepatutnya boleh didapati secara percuma.”

“Di atas muka hadapan game harga penuh, terdapat juga bahagian free-to-play. Di sini kami ada GWENT, di mana kamu boleh membeli kad kegs dan beberapa item. Lagi sekali, bendanya mudah sahaja, kamu boleh bermain game secara percuma dan ubah suai koleksi kad mengikut kesesuaian kamu atau putuskan sama ada mahu membelanjakan wang atau dapatkan kad kegs. Pilihan di tangan kamu dan satu-satunya benda yang kamu perlu bayar adalah masa dan kesenangannya.”

Iwiński menekankan keperluan untuk ketelusan dari pembangun, dan informasi tentang game mereka sepatutnya boleh didapati kepada pemain. Pemain kemudiannya boleh melakukan keputusan dengan adanya maklumat tersebut untuk membelanjakan wang mereka, dan jika mereka membeli game dengan harga penuh, mereka sepatutnya mendapat “gameplay yang besar dengan jangka masa yang lama dan kandungan yang banyak.” Berpatutan dengan harga yang mereka bayar.

“Sampai masa apabila mereka merasakan yang kamu sedang mencapai dompet mereka dengan cara yang tidak adil, mereka akan suarakan tentangnya. Dan saya rasa itu bagus untuk industri. Perkara selalunya nampak bagus di atas kertas, tapi pembuat keputusan selalunya tidak bertanya kepada diri mereka sendiri tentang ‘bagaimana perasaan gamers tentang game ini nanti atau adakah tawaran ini adil kepada gamer?’ Gamers sedang bertindak balas sekarang dan saya berharap ini semua akan mengubah industri kita supaya menjadi lebih baik.”

Merujuk kepada kejayaan The Witcher 3, Iwiński membalas tentang adakah CD Projekt akan kembali ke dunia The Witcher.

“The Witcher ialah sesuatu yang penting kepada kami dan ia membawa banyak makna kepada kami. Jadi kami sememangnya tidak akan meninggalkan dunianya. Jika kamu rindukan karakter kegemaran kamu, kamu boleh bermain GWENT. Jika kamu peminat jalan cerita, Thronebreaker akan hadir tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, dari segi RPG, sudah tiba masanya untuk Cyberpunk 2077.”

Apabila ditanya tentang bagaimanakah CD Projekt Red menghadapi hype untuk game Cyberpunk 2077 dari peminat apabila mereka memberikan respon *beep* di Twitter. Iwiński membalas:

“Ia sememangnya satu tanggungjawab yang besar dan banyak tekanan. Kami tahu yang kami perlu memberikan yang terbaik. Dan kami akan laksanakannya.”

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Beli Bundle Xbox One S Dan Dapatkan Game Secara Percuma

Pengguna Xbox One Kini Boleh Berborak Melalui Party Chat Di Telefon Pintar

“Jangan Halang Anak Main Video Game, Tapi Galakkan,” Kata Ustaz Zul Pandan