in , , ,

Jepun Ingin Gubal Undang-Undang Untuk Pastikan Esport Dipertandingkan Dalam Olimpik Tokyo 2024

Masa untuk negara gergasi gaming ini ambil langkah yang lebih ke hadapan!

Cadangan untuk memasukkan dan mempertandingkan video game atau esport ke dalam temasya-temasya besar sukan bukanlah satu yang asing lagi pada masakini.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebelum ini telahpun mengatakan yang Olimpik 2020 di Paris mungkin akan dimasukkan esport, walaupun terdapat beberapa kebimbangan oleh jawatankuasa itu.

Terbaru, kerajaan Jepun kini sedang berusaha untuk memastikan Olimpik 2024 di Tokyo boleh mempertandingkan esport.

Buat masa ini, menurut laporan Bloomberg, undang-undang Jepun sebenarnya tidak membenarkan sebarang “penganjuran video game berbayar” kerana ia dikatakan mempunyai unsur-unsur perjudian haram – walaupun negara matahari terbit itu telah melahirkan ramai pemain esport yang ternama di dunia.

Parti pemerintah Jepun -yang diterajui oleh Perdana Menteri Shinzo Abe – kini sedang dalam usaha untuk menggubal undang-undang negara itu bagi memastikan anak-anak muda mereka boleh mencipta sebuah kerjaya dalam bidang esport.

Matlamat utama terhadap penggubalan undang-undang ini adalah untuk pada suatu hari nanti, rakyat mereka mampu untuk memenangi pingat dalam Olimpik dalam acara esport.

Pada Disember lalu, Bloomberg turut melaporkan yang kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan satu lesen bagi mengecualikan atlet profesional esport daripada undang-undang perjudian Jepun.

Sekirang korang terlepas, dalam berita temasya sukan yang lain, Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China bakal secara rasminya mempertandingkan pingat dalam acara esport. Semasa Sukan Asia di Indonesia yang bakal berlangsung pada tahun ini, satu demonstrasi esport akan diadakan.

Semestinya negara kita Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam menggilap bakat-bakat dalam dunia esport apabila sebelum ini telah menubuhkan satu unit khas esport di bawah Majlis Sukan Negara. Pada minggu lalu pula, satu sejarah telahpun tercipta apabila 5 pemain daripada dua video game bola sepak, FIFA dan PES, menjadi atlet-atlet esport negara pertama yang menerima Jalur Gemilang sebagai wakil negara yang rasmi di Bukit Jalil – setanding dengan para atlet sukan tanah air yang lain.

JomBaca: Sukan Ataupun Bukan – Wajarkah Esports Dimasukkan Ke Dalam Sukan SEA, Sukan Asia Dan Olimpik?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

9 Sebab ESL One Genting Adalah Acara Esport Terbesar Tahun 2018!

Pasangan Jepun Juarai Pertandingan PES League Asia 2v2, Pasukan Malaysia Timba Banyak Ilmu

Pasangan Jepun Juarai Pertandingan PES League Asia 2v2, Pasukan Malaysia Timba Banyak Ilmu