in ,

Jepun Akan Buka Sekolah Menengah Esports Yang Pertama Tahun Depan

Idea untuk memasukkan esports sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah mungkin sesuatu yang sudah lapuk.

Kini, Jepun hadir dengan idea yang lebih berani apabila bakal membuka sekolah menengah khas yang memfokuskan esports.

Menurut Kotaku, sebuah sekolah yang digelar Esports Koutou Gakuin (eスポーツ高等学院) atau dengan mudahnya diterjemahkan kepada ‘Sekolah Menengah Esports’ bakal dibuka pada April 2022.

Sekolah ini mendapat sokongan daripada divisyen esports syarikat gergasi telekomunikasi, NTT serta pasukan esports yang dimiliki oleh Tokyo Verdy, pasukan bola sepak yang bermain di J2 League.

Sekolah ini dikatakan menyediakan 40 buah PC Galleria XA7C-R37 yang menggunakan Intel Core i7-11700 dan Nvidia GeForce RTX 3070.

Laman web rasminya tidak menyatakan apakah game yang akan dilatih di sekolah tersebut, namun menyebutkan secara umum yang para pelajar akan bermain game bergenre first-person shooter, third-person shooter, RTS, dan MOBA.

Para gurunya pula dibarisi para pemain esports dan penggiat industri.

Tentunya, para pelajar di sekolah ini tidaklah hanya bermain game semata-mata. Mereka akan turut dididik dengan kurikulum standard sekolah menengah di negara tersebut.

Antara karier yang disebutkan akan mampu dikejar oleh para pelajar di sekolah ini adalah pencipta VR, penulis game, pereka 3D, pereka game, pencipta kesan khas, pengaturcara, streamer dan pemain esports profesional yang kemudiannya perlu melanjutkan pelajaran di kolej atau universiti.

Negara mana pula seterusnya yang bakal mengikut jejak sekolah menengah esports pertama di Jepun ini? Ada pihak yang berani membinanya di Malaysia?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Baru Sebulan Dilancarkan, Bilangan Pemain Battlefield 2042 Lebih Rendah Daripada Battlefield V

Control Kini Percuma Di Epic Games Store, Tawaran Sehingga Tengah Malam Ini