in , , ,

Jedi: Fallen Order Pecah Rekod Jualan Digital Game Star Wars Dalam Sejarah

Game Star Wars terbaru daripada Respawn Entertainment bukan sahaja menambat hati pengkritik dan peminat tegar Star Wars, malah kejayaannya turut dicerminkan ke dalam jualannya yang cukup memberangsangkan.

Star Wars Jedi: Fallen Order kini merupakan game digital Star Wars paling pantas terjual semasa pelancaran dalam masa dua minggu. Selain itu, game ini turut menjadi game Star Wars keluaran EA paling laris di PC dalam waktu pelancaran.

Data ini telah diumumkan oleh EA dalam satu kenyataan. Menurut GamesRadar, rekod ini telah membuat Jedi: Fallen Order mengetepikan Star Wars Battlefront 2 dan Star Wars: The Old Republic dalam perbandingan waktu yang sama.

Walaupun tidak mendedahkan statistiknya secara spesifik, rekod-rekod jualan ini pastinya telah dibantu dengan sangat signifikan daripada kembalinya EA untuk memasarkan game-game mereka ke platform Steam untuk PC (selain Origin).

Berita ini pastinya sesuatu yang menggembirakan kepada peminat setia Star Wars, terutamanya yang telah menghabiskan Jedi: Fallen Order. Dalam reviu JomGaming, penulis telah mengatakan “tidak pernah merasa terlalu teruja menantikan sekuelnya apabila sampai ke penamat (ending) dalam mana-mana game seperti mana ia disajikan dalam Jedi: Fallen Order.”

Ini juga merupakan satu mesej yang jelas kepada EA. Game single-player masih lagi mempunyai tempat yang istimewa dalam hati pemain. Dah boleh mula fikirkan untuk sekuel ya.

Star Wars Jedi: Fallen Order kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Tukarkan Selfie Instagram Korang Kepada Wajah Robotik Menggunakan Filter Cyberpunk 2077

Tukarkan Selfie Instagram Korang Kepada Wajah Robotik Menggunakan Filter Cyberpunk 2077

Rockstar Mengusik Jiwa Peminat-Peminatnya Dengan Siri Red Dead?

Rockstar Mungkin Sedang Membangunkan Sebuah Game Zaman Pertengahan, Menurut Khabar Angin Terbaru