Setelah sekian banyak laporan yang timbul memperkatakan tentang game ini, akhirnya ia diumumkan secara rasmi.

EA dan PopCap Games telah mengumumkan sekuel kepada game shooter berwarna-warni ini — Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville. Apa yang mengejutkan ialah game ini sudahpun boleh dimainkan sekarang.

Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville secara rasmi akan dilancarkan sepenuhnya untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 18 Oktober ini.

Namun, bagi korang yang dah tak sabar, boleh dapatkannya sekarang melalui Founder’s Edition yang berharga RM119. Selain dapat bermainnya lebih awal, satu lagi kelebihan mendapatkan Founder’s Edition ini ialah harganya lebih murah berbanding harganya apabila dilancarkan pada Oktober nanti.

Founder’s Edition boleh dibeli bermula sekarang hingga 30 September. Kemudian, ia boleh dimainkan sehinggalah game ini dilancarkan sepenuhnya pada 18 Oktober, dan semestinya, semua progress yang korang dah capai sepanjang permainan awal itu akan dibawa ke game penuh.

Secara ringkasnya, Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville menggunakan gameplay dan tema yang sama dengan game shooter Plants vs Zombies sebelum ini — ditambah dengan karakter, map, persekitaran dan mode baru.

Korang boleh saksikan trailer gameplay di bawah:

JomKomen!