Menu
in , , ,

Jangan Sedih EURO 2020 Ditunda Kerana Korang Boleh Mainkan Dalam PES 2020 Sekarang

Walaupun pada mulanya Konami merancang untuk menangguhkan DLC EURO 2020 disebabkan kejohanan bola sepak kebangsaan terbesar benua Eropah itu juga telah ditunda, kandungan tambahan untuk eFootball PES 2020 itu tetap dilancarkan, dan korang boleh mainkannya sekarang.

Konami telahpun melancarkan DLC EURO 2020 ini bersama-sama dengan Data Pack 7.0 dalam PES 2020 untuk semua platform yang ada iaitu PS4, Xbox One dan PC (Steam).

Berikut ialah apa yang ditampilkan ke dalam DLC ini:

  • Kesemua 55 pasukan kebangsaan yang berdaftar bawah UEFA, lengkap dengan skuad dan jersi terkini.
  • Mode tournament rasmi UEFA EURO 2020.
  • Rekaan semula Stadium Wembley dan Stadium Saint Petersburg yang sangat realistik.
  • Bola rasmi peringkat kumpulan EURO 2020.
  • Beberapa lagi kandungan tambahan bertemakan EURO 2020 dalam mode myClub dan lain-lain.

Selain kandungan EURO 2020, Data Pack 7.0 turut membawakan kandungan dari Amerika Selatan seperti jersi-jersi terkini untuk Palmieras, Sao Paulo, SC International, Cruziero Estudiantes dan Old Boys.

DLC ini percuma kepada pemilik PES 2020. Hanya kemaskini game dan korang akan disajikan dengan kandungan-kandungan baharu ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version