in ,

Jangan Risau, Xbox Series X Boleh Sahaja Diletakkan Secara Menegak Atau Dibaringkan

Dalam sekian banyak pendedahan terbaru yang diumumkan semasa acara The Game Awards 2019 berlangsung semalam, semestinya pendedahan nama rasmi konsol generasi akan datang Xbox paling menjadi bualan ramai.

Melihatkan pandang pertama Xbox Series X yang kelihatan seperti PC tower, ramai yang bertanya, adakah konsol tersebut hanya boleh ditegakkan seperti begitu rupa? Jangan bimbang, kerana bos Xbox, Phil Spencer telah menjawab persoalan ini dengan menyatakan konsol tersebut boleh sahaja diletakkan secara menegak atau dibaringkan.

“Perkara pertama yang saya ingin katakan adalah rekaannya boleh diletakkan secara menegak atau dibaringkan, sama seperti Xbox One S dan Xbox One X,” kata Spencer kepada Gamespot. “Kami fikir ia bukanlah tugas kami untuk menentukan orientasi konsol kami di dalam rumah kamu. Itu terpulang kepada kamu.”

Beliau turut menegaskan bagaimana beliau sangat suka dengan rekaan ini kerana ia tidak terlalu menyerlah dan menarik perhatian serta boleh “hilang” dari mata apabila diletakkan bersebelahan barangan-barangan lain.

Xbox Series X dijadualkan dilancarkan pada penghujung tahun 2020.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Fortnite Battle Royale Tambah Fungsi Split-Screen Untuk PS4 Dan Xbox One

Fortnite Battle Royale Tambah Fungsi Split-Screen Untuk PS4 Dan Xbox One

Godfall: 13 Benda Korang Patut Tahu Tentang Game Pertama PlayStation 5

Godfall: 13 Benda Korang Patut Tahu Tentang Game Pertama PlayStation 5