in ,

Jangan Risau, Sony Sebenarnya Tak Rakam Suara Pemain Dalam Party Chat, Ini Penjelasannya

Beberapa hari lalu, Sony telah mengeluarkan kemaskini baharu untuk sistem PS4, iaitu versi 8.00. Beberapa perubahan besar dilakukan, terutamanya berkaitan Message, Group dan Party.

Satu topik paling hangat dibicarakan pada hari pertama pelancaran kemaskini baharu ini ialah satu notis yang dikeluarkan Sony tentang rakaman suara dalam Party Chat, yang berbunyi seperti berikut:

Auto Draft

Ramai yang telah tersalah anggap bahawa Sony berkemungkinan akan merakam perbualan para pemain yang ada dalam Party Chat bagi membendung percakapan-percakapan yang kurang enak. Maka, ramai yang membantah dan risau tentang kemungkinan Sony akan menceroboh privasi mereka.

Walau bagaimanapun, bukan itulah sebenarnya yang berlaku. Sony telah mengeluarkan kenyataan baharu di PlayStation Blog, dan pertama-tama sekali mereka memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan kerana tidak memberikan penjelasan dengan baik.

Dan seterusnya dalam kenyataan ini, Sony menerangkan secara lanjut apakah sebenarnya maksud notis tersebut.

Pertama sekali, apa yang korang perlu tahu ialah kemaskini baharu di sistem PS4 ini adalah persediaan untuk menyamakan fungsi yang sama untuk Message, Group dan Party antara PS4 dan PS5. Maksudnya, apabila PS5 dilancarkan kelak, ia akan terus mempunyai sistem Party yang sama dengan PS4 dan pemain dari kedua-dua platform ini boleh berada dalam Party yang sama.

Kemudian, Sony menjelaskan bahawa mereka tidak akan merakam perbualan para pemain dalam Party. Apa yang mereka maksudkan ialah di sistem PS5 kelak, dalam Party yang ada beberapa pemain, Pemain A boleh melaporkan Pemain B kepada pihak Sony sekiranya Pemain A merasakan Pemain B telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya ketika dalam Party.

Dalam laporan itu nanti, pelapor boleh melampirkan bukti audio perbualan itu yang berdurasi 40 saat — 20 saat ketika kata-kata yang tidak elok itu dilontar, serta 10 saat sebelum dan 10 selepas itu. Di PS5 nanti, hanya lima minit terakhir Voice Chat yang tersedia untuk pemain gunakan bagi fungsi laporan ini.

Laporan akan boleh dihantar terus melalui PS5, kemudian pihak Sony akan mendengarnya, dan mungkin akan mengambil tindakan, sekiranya perlu.

Bagi membuatkan para pemain sentiasa selesa semasa berbual secara online dalam Party, Sony tidak akan membenarkan rakaman suara dalam Party ini disebarkan ke mana-mana oleh para pemain. Bermakna, sekiranya ada percakapan yang tidak elok, aktifkan fungsi laporan yang merakam suara pemain, kemudian terus laporkannya melalui konsol PS5 — rakaman suara itu tidak boleh diekstrak keluar ke mana-mana.

Jadi, dah faham sekarang? Maka, berhati-hatilah ketika berbual dengan para pemain dalam Party di PS5 kelak, terutamanya dengan pemain yang tidak kita kenali. Jom wujudkan persekitaran gaming yang positif dan tidak toksik.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif Menjelang PS5

SIE Worldwide Studios Malaysia Sedang Membuka Jawatan Kosong Sebagai Pembangun Game

Jom Tonton 7 Video Baru Cyberpunk 2077 - Porsche, Balik Tabir Keanu Reeves, Pembikinan Audio Dan Banyak Lagi

Jom Tonton 7 Video Baru Cyberpunk 2077 – Porsche, Balik Tabir Keanu Reeves, Pembikinan Audio Dan Banyak Lagi